.jpg)
DESTINASI TERINDAH
Angin berpupuk lembut. Buku yang sedang kubaca sekali-sekala terselak muka suratnya. Terasa payah untuk mencari kembali muka surat asal. Akhirnya aku mula bosan. Kututup buku itu lantas membuang pandangan jauh ke arah lautan manusia. Kenangan lama berputar ligat di fikiranku.

Aku bukanlah pelajar cemelang. Namun aku boleh dikategorikan pelajar yang pencapaiannya sederhana. Seperti remaja lain, aku juga memiliki naluri yang sama dengan mereka yang sebaya denganku. Mungkin. Tidak mahu ketinggalan, aku juga memiliki sahabat karib. Itu pun selepas ramai yang bertanya padaku,
“Siapa kawan baik awak?”
“ Mesti awak punya ramai sahabat baikkan?” dan sebagainya…
Atas desakan dari pertanyaan sdemikian rupa, tanpa berfikir panjang, aku mengangkat Dyana, Hani dan Fatin sebagai sahabat baik. Atas alasan kami berempat sering menghabiskan masa bersama-sama. Antara kami berempat, aku yang paling banyak bercakap hinggakan Hani pernah terasa hati disebabkan aku pernah terlanjur kata. Manakala Dyana pada fikiranku lebih memendam perasaan tergurisnya apabila berhadapan denganku. Fatin? Dia lebih kurang dengan Dyana. Langsung tersenyum atau mendiamkan diri apabila kata-kataku membidasnya.
Pernah aku terfikir untuk meminta maaf setiap kali selepas keterlanjuranku. Tetapi jenisku suka bergurau dan aku sedaya-upaya membuatkan mereka ketawa selepas mengguris perasaan empunya diri. Hei.. aku cuba untuk tidak berkata ‘laser’ lagi. Tapi apakan daya…
Satu hari yang tak dapat kulupakan. Mereka bertiga melancarkan provokasi ke atasku. Bagaimana? Tidak mengendahkanku. Menjelingku setiap kali aku melintas di hadapan mereka dan macam-macam lagi! Dengan rasa sedih yang hanya kadangkala muncul aku begitu mudah mendapat kawan baru dan mudah juga kehilangan. Itulah aku. Tapi tak ku duga, persahabatan yang padaku agak ‘simple’ rupa-rupanya menyakitkan hati dan perasaanku. Hani, Dyana, Fatin dan beberapa rakan sekelasku mengata aku tanpa selindung dan kadangkala menyindir.

Dari saat itu aku lebih mendiamkan diri hinggakan cikgu bertanya ke manakah aku menghilang sedangkan aku duduk di hadapannya.Untuk pengetahuan, aku telah buang segala kenangan kami berempat yang berbentuk material. Cubaanku untuk menyingkirkan segala memori kami bersama tidak pernah berjaya ku laksanakan. Cuba fikir, bagaimana aku boleh menumpukan perhatian pada pelajaran, sedangkan emosi terganggu. Lama-kelamaan keadaanku menjadi parah dengan pelajaranku merosot. Kesannya? Keputusan PMRku tidak secemerlang mereka bertiga. Susulan dengan itu, aku tidak layak untuk menyertai mereka di tingkatan empat sains.
Eleh!!Tak kisahlah! Impianku untuk menjadi seorang peguam, bukannya pakar bedah! Walaubagaimanapun aku tetap mengambil tahu serba sedikit tentang sains kerana aku bakal peguam yang mengetahui segala bidang. Tak banyak, sedikit pun cukuplah.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Selepas mendapat keputusan SPM, aku melanjutkan pelajaran di pusat matrikulasi undang-undang di UiTM. Pengajianku di peringkat seterusnya berlanjutan di UM. Atas rasa cinta yang begitu mendalam dalam bidang ini, aku melatih diriku dengan menyertai pertandingan bahas mahupun pidato agar percakapanku lebih kritis dan logik serta yang utama berlapik! Namun jauh di sudut hati, aku impikan untuk berjumpa dengan Hani, agar aku dapat memohon maaf. Dengan Dyana, aku ingin melahirkan rasa kesalku. Untuk berhadapan dengan Fatin, agak sukar kerana aku sendiri telah terputus hubungan dengannya. Tapi akanku ikhtiar. Malangnya impianku tidak terlaksana kerana aku harus terbang jauh ke seberang laut selepas memiliki segulung ijazah. Aku ke sana atas tawaran dari Lincoln’s Inn Court. Impianku harus tercapai dan masa yang akan menentukan. Maka, dengan penuh keazaman aku pun pergi membawa harapan emak dan abah ke kota London.
Telefon bimbitku berdering. Aku menjawab panggilan tersebut.
“Ok! See you there!.” Kataku sebagai penamat talian dari setiausahaku, Lina. Dia mengingatkan aku bahawa aku harus menemui Datuk Hakim yang juga peguam terkenal negara merangkap ketuaku. Aku dengan pantas memasukkan novel karya Fatin ke dalam brief case. Hatiku berdetik “ Aku akan berhadapan dengan Fatin selepas ini! Sebagai sahabat yang benar-benar berubah! Bukannya sebagai peguam muda yang ingin menang bicara!”
Bersaksikan lautan manusia, aku menyelit-nyelit berjalan dalam kalangan mereka menuju ke kereta BMW milikku. Penuh kebanggaan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan