Khamis, 11 September 2008

da memories...=(



teman2 di PLKN, dari kiri : Neco, Imah, Farhin, Cheryl

KEHILANGAN DIRIMU SAHABAT

Aku menolak daun tingkap. Aku melontarkan pandangan ke luar sambil angin malam memberikan ketenangan padaku. Sudah sehari aku pulang ke rumah setelah menamatkan PLKN. Aku antara yang pulang awal sehari. Rakan-rakanku yang lain termasuk dari Pulau Pinang dan Kelantan pasti sudah sampai ke rumah masing walaupun mereka bertolak pagi tadi. Bosan rasanya. Tiba-tiba fikiranku terkenangkan PLKN dan rakan-rakan.
Tanggal 17 Mac, aku berpijak di bumi Beringin, Pulau Lagenda. Kehadiranku di sana diiringi oleh seorang sahabat baik yang kebetulan diwajibkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di tempat yang sama. Hatiku berbaur rasa. Pilu kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sendu kerana harus berpisah buat sementara dengan ‘MILIA HAFIDIA’. Gembira pabila mengetahui aku akan berjumpa dengan rakan-rakan baru. Seronok kerana latihan yang akan diikuti bakal memberiku seribu satu pengalaman yang belum pernah ku tempuh dan hatiku berbunga kerana sepanjang tiga bulan aku mengikuti latihan, aku akan ditemani oleh seorang teman baik yang benar-benar aku sayang iaitu Noor Syaidatul Azureen bt. Omar Bashah.
Hari pertama:
Selepas pendaftaran, kami dibahagikan dorm. Aku ditempatkan di dorm B kebetulan sama dengan Syai. Apa lagi, hari pertamalah ku angkat sebagai hari paling indah sepanjang di Beringin. Tambahan pula, kami berdua mengambil keputusan untuk duduk bersebelahan. Hari pertama juga aku mendapat rakan baru antaranya Munirah (Munet), Adila Jahuri (Dila) dan Farahin. Mereka bertiga antara insan terawal yang menjalinkan persahabatan denganku. malam pertama, lebih kurang jam tiga pagi, seluruh kawasan kem terputus bekalan elektrik. Lantas, aku bersungut sambil berjaga dalam gelap. Aku ingat aku berseorangan rupa-rupanya Syai, Munet dan Farahin juga sukar melelapkan mata. Kami berempat berjaga sehinggalah bekalan elektrik disalur semula. Lebih kurang dua jam kami berjaga, pelbagai cerita yang keluar termasuklah gossip mengenai rakan-rakan satu dorm. Hehe…sungguh tak patut!
Hari kedua:
Aku tersentap selepas mengetahui bahawa kami akan dibahagikan mengikut kompeni masing-masing. Tersentap kali kedua pabila mengetahui bahawa Syai dan aku tidak diletakkan di dalam satu kompeni. Dia Alpha manakala aku Bravo.Kali ketiga hati aku disentap sewaktu aku mengetahui bahawa kami akan berpindah dorm mengikut kompeni. Entah mengapa nasib ku baik, aku kekal di dorm B. namun Syai akan bertukar ke dorm A. lantas, ku tarik sahabat lamaku, Ida untuk berpindah ke katil Syai. Tidak lama kemudian, aku mengetahui bahawa kompeni Alpha boleh bercampur dengan Bravo dan begitu seterusnya…maka aku terus menggesa Syai untuk kembali ke dorm B dan duduk di bekas katil Munet sebelah kiriku. Rasa bersalah tiba-tiba menerpa kerana terlalu awal memberikan katil asal Syai kepada Ida. Namun telah ku hulurkan maaf dan ku lihat Syai kelihatan OK! Pada malam itu, setibanya pelatih dari Kelantan, maka bermulalah episodku dengan Aida dan Adilla…
Hari ketiga:
Semuanya berjalan lancar. Aku mula cuba untuk berkawan dengan rakan satu dorm. Dan Nadwa merupakan rakan baru pertama yang aku jumpa pada hari tersebut. Tidak sampai dua jam perkenalan kami, rasanya begitu mesra, sehinggakan kami berkongsi segala lawak dan cerita bersama. Namun, kemesraan kami hanya bertahan untuk satu hari kerana aku sendiri tak tahu mengapa aku sudah ‘bosan’ dengannya. Pada petang itu, aku lihat Syai menangis. Mulanya aku terkejut. Lantas aku menerpa ke arahnya dan cuba untuk mententeramkan perasaan Syai. Kata Syai, dia takut jika dia tidak mendapat kawan. Dalam hatiku terdetik, cam budak-budakla Syai ni! Dalam masa tiga bulan takkan takdak sorang kawan pun. Lagipun budak baik macam dia mesti semua orang suka berkawan dengan dia. Aku hanya tersenyum dan berkata “ hang akan dapat ramai kawan. Percayalah cakap aku!”

Minggu kedua:Salah faham pertama antara aku dan Syai…
Puncanya, aku jealous dia begitu mesra dengan rakan-rakan lain terutamanya Aida dan Adila sehinggakan aku tersisih. Kalau difikirkan balik, perangaiku seperti budak-budak kurang cerdik. Bermula dari situ, selepas semuanya kembali jernih, aku berkeputusan untuk tidak lagi ambil serious atas semua perlakuan Syai dan rakan-rakan yang lain kerna aku sendiri moody dan senang berkawan dengan rakan-rakan yang lain. Namun, dalam diam, Adilla juga merasakan perkara yang serupa. Dia disisihkan sekiranya Syai dan Aida bersama. Ketidakpuasan aku dan Adilla hanya diketahui antara kami dan Mardiana(bekas kawan baik)
Bagaimana kekeruhan menjadi jernih? Aku orang pertama yang mengajak Syai untuk berbincang secara halus akan perkara ini. “Hang ni kenapa Syai? Is there any wrong with me?” Tanyaku pada petang itu dengan muka serius. Syai tiba-tiba mengalirkan air mata. “kenapa dengan hang Bella? Asyik moody ja dua tiga hari ni?” kebetulan pada hari tersebut aku period. Lantas itu alasan utama aku . namun ku katakan pada Syai yang aku akan ceritakan semua padanya di malam hari nanti. Dengan syarat hanya kami berdua…
Malam tersebut: Syai baru sahaja melelapkan mata. Mengantuk mungkin, namun hatiku tidak tenteram jika semua belum aku luahkan. Aku duduk di sebelah birai katilnya. Mengusap tangannya dengan lembut. Ku buka selimut yang menutupi wajahnya. Innocent! Itulah fikiranku sebaik sahaja terpandang wajahnya. Tiba-tiba hatiku sayu. Syai merupakan salah seorang yang begitu aku sayang selain dari familiku sendiri. Aku ingin ungkapkan kata sayang pada sahabatku yang seorang ni, namun tidak terluah… mungkin kerana terkejut, Syai membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya terarah kepadaku. Aku menguntumkan sebuah senyuman. “Syai, we need to talk…” kataku. “Maaf kalau ganggu lena hang” Dia bangun lantas duduk ke arahku. Kutatap matanya. Innocent!peristiwa petang tadi kembali menjadi bualan. “Apa kena dengan hang Bella? Aku takut tengok hang moody…nampak garang and so serious.” Syai mulakan bicara dan tanpa semena-mena air matanya mengalir. Aku menjadi panic. Dan aku sedari ada mata yang memandang kami. Aku terus tersenyum dan ku katakan padanya “jangan menangis, nanti budak dorm ni ingat aku buat yang bukan-bukan pada hang. Malam itu Syai beritahu padaku yang dia tak boleh tengok aku terlalu serious dan moody…well, that’s me! Apa yang boleh aku ubah. Malam itu jugak, terdapat lagi satu salah faham dengan Aida, aku katakan padanya yang aku tak kisah kalau dia bukan kawan aku sekalipun. Reason, dia baru aku kenali. Puncanya, aku geram kerana dia judge aku dengan hanya dengar pada pihak Syai dan bukan aku. Kenapa tak dengar kedua-duanya sekali? And she was crying in da blanket at that nite!hehe…dua tiga hari lepas tu, hubungan kami semua semakin pulihdan aku sering mengejeknya cry in da blanket. Tanpa ku sedar kemesraan kembali terjalin.yang kedua, beberapa hari selepas itu lagi, kelihatan Syai dan Aida sering berbisik-bisik. Timbul sekali lagi perasaan kurang seronok. Dan kuluahkan pada Mardiana. Rupa-rupanya Mardiana dan Adilla juga merasakan benda yang sama. Bertindak sebagai orang yang matang, Mardiana mengajak kami berkumpul di atas tikar sembahyang sambil berbicang akan perkara ni, dan lebih kpd open sharing. Malam itu berakhir dengan pelukan antara satu sama lain sebelum tidur.. hehe..berpeluk?
Sewaktu PT pagi, Syai pengsan kerana demam. Mulanya aku tidak menyangka yang pengsan itu adalah sahabatku, tapi selepas diberitahu oleh Mardiana baru ku tahu bahawa yang pengsan itu adalah Syai. Aku ke medic beberapa kali untuk menjenguk. Rasa bersalah menimpa-menimpa kerana kawan sendiri pengsan pun aku tak tau! Acap kali aku menyumpah diriku yang teruk ni!!! Apa punya kawanla aku ni!!!
Hampir sebulan di Beringin, ada perang dingin antara aku dengan, Nadwa, Finaz, Wahida dan T Kah. Puncanya mereka makan di atas tikar sembahyang. Aku juga sebenarnya taknak benda ni berlaku tapi jelingan Wahida telah mencabar kemarahanku. Malam itu jugak aku mengamuk. Satu dorm menjadi saksi yang aku ni garang! Tapi satu dorm tak nampak aku bangun dan menangis di sisi Mardiana. Dia telah jadi orang yang menenangkan aku malam itu. Hanya Mardiana dan aku sahaja tahu akan perkara ini sehingga ke saat ini. Bagaimana teruknya tangisan aku bila bergaduh dengan kawan-kawan especially Finaz sebab hubungan kami agak rapat. Tanpaku sedar, begitu besar peranan Mardiana dalam hidup aku saat tu.
Tidak lama kemudian, aku mendapat berita yang Mardiana harus pulang ke rumah dan mendapat pengecualian atas sebab Spinal Injury. Dalam lingkungan waktu itu juga terdapat salah faham antara aku dengan budak2 chinese satu dorm. Puncanya, aku terasa hati sebab aku tidak dibenarkan bermain futsal kata mereka aku terlalu kasar. Kasar atau hebat? Hehe…dan pada Mardiana jugaklah aku meluahkan semua ini sambil berlinangan air mataku di bahunya sekali lagi. Ungkapan ini belum pernah aku ucap secara serious dan ikhlas, Mardiana, Thanks a lot my dearest! You really understand me and nobody can replace u babe!
Ketiadaan Mardiana pada mulanya memberi sedikit sebanyak perasaan janggal padaku. Pada siapa harus aku luahkan semua perasaanku.dan saat itu Tuhan telah menghadirkan Shira dan Huwaida dalam hidup aku. Ketiadaan Mardiana juga menjadi titik tolak kepada kebangkitan kreativiti aku menulis puisi. Puisi pertama ku tujukan tak lain tak bukan kpd sahabat yang aku sayang tapi tak pernah terluah…SYAI

PUISI BUAT TEMAN

KU LAYARKAN LAUTAN KERINDUAN
SEBAGAI PENENANG HATI KERESAHAN
KU HEMBUS ANGIN KESEPIAN
DAN KU HARAP KAU DALAM DAKAPAN
BIAR KERING AIR MATA SENDU
NAMUN KAU KU RINDU
BIAR HILANG APA YANG PERLU
KU DAMBA KAU YANG SATU

PERTELINGKAHAN ADALAH MEMOIR SEMALAM
HARI-HARI KITA TIDAK LAGI HANGAT
MALAH SERING DILITUPI KABUS KALBU
DI HUJUNG HARI KAU KAN DATANG PADAKU
MINTA BERSATU DENGAN RESTU

DI FIKIRANKU APAKAH KAU BUNTU?
DI HATIKU APAKAH KAU MEMBATU?
MELAYANG FIKIRANMU MENCARI YANG BARU
SEBALIKNYA AKU DI SINI MERAUNG MERINDUIMU
TEMANKU YANG DULU
SALAHKAH DIRIKU?
DAMBAANKU BUKAN DAMBAAN PILU
TAPI
DAMBAANKU HANYA YANG PERLU
SAHABATKU YANG SATU!
KU DEDIKASIKAN PUISI BUAT TEMAN AGAR
KITA KEMBALI BERSATU DAN MENYATU!

Dalam surau lepas sembahyang zohor sewaktu tunggu untuk ke kelas CB jam 1430 hari Ahad bersama Shima.
Syai ada bertanya apa yang aku sedang tuliskan, namun aku hanya menggeleng dan menjawab nothing!

1 Mei 2007 tepat jam 0600 pagi. Pintu dorm B telah dimasuki oleh cikgu Amnah. Aku lantas terjaga. Cikgu Amnah tanya padaku, siapa Syaidatul Azureen? Ku pandang ke arahnya dan lihat dia juga telah terjaga. “Kamu tak pi surau ka?” Tanya cikgu. Aku jawab “tak.. sebab hari cuti” cikgu mengangguk tanda faham. “ lepas ni kamu siap cepat pakai baju kelas dan ke urusetia.” Kata cikgu Amnah dengan riak muka yang serius. Syai ku lihat seperti terkejut. Aku hanya membisu tanpa kata. Aku menggesa dia mandi dan bersembahyang dulu sebelum ke urusetia. Kami berdua lantas mencapai apa yang patut untuk bergerak ke bilik mandi. Sewaktu mandi sambil berkemban, Syai ada meluahkan rasa persoalannya, kenapa kena ke urusetia? Mungkin ada ahli keluarganya yang sakit teruk. Biarpun aku bukan kawan yang baik, namun aku sekali-kali cuba untuk menghalang Syai berfikiran yang bukan-bukan. Tepat jam 0630, usai sembahyang Subuh bersama tetapi tidak berjemaah, kami berdua bergegas ke urusetia. Sesampainya di sana, Syai mengetuk pintu urusetia. Setelah mendapat arahan ‘masuk’ dari En Rosli, daun pintu Syai kuak. Dari pandanganku, dapat kulihat seorang lelaki botak dalam bilik bersama-sama En Rosli. Tidak lama kemudian, Syai keluar dari urusetia sambil menangis, “ Bella, bapak aku sakit kuat! Aku kena balik sekarang!” aku turut terkejut mendengar berita buruk dari Syai. Dengan bantuan dari van KN kami pulang ke dorm. Sebelum itu, En Rosli berpesan padaku agar tengokkan wirawati yang sorang ni. Aku hanya mengangguk. Sesampainya di dorm, ku lihat cikgu Husny Azura sedang duduk di atas katil Aida sambil dikelilingi oleh Adilla, K-Own, Fath, Fauziah dan beberapa orang lagi. Jam ku lihat dalam pukul 0650. mereka kelihatan terkejut dengan kepulangan kami berdua. Apatah lagi, waktu tu aku tersenyum tanda aku ucapkan selamat pagi kpd mereka semua. Tanpa membuang masa, Syai terus berkemas. Cikgu Zura sempat berpesan padaku, tolong dia kemas apa yang patut. Aku menasihatkan Syai bawa apa yang perlu sahaja. Tak sampai lima minit, kami bergegas ke urusetia. Sebelum itu, ku lihat kawan-kawan yang lain memeluk Syai dengan muka simpati. Aku rasa sungguh touching kerana sifat kasih sayang sudah bersemi dalam hati kami semua. Kaki kami mengorak langkah dengan begitu pantas kerana mengejar masa. Sewaktu berjalan, Syai berkali-kali menyatakan kerisauannya. Aku hanya mampu menenangkan Syai dengan mengatakan semuanya akan selamat. Biarpun sebenarnya aku juga merasakan something wrong. Ketiadaan Syai pada hari itu juga sedikit sebanyak merentap semangatku yang akan bertanding di pilihanraya kem. Aku ketiadaan tukang belakang. Namun ku tahu, tulang belakang aku akan pulang tak lama lagi.
Usai penamaan calon, Shira dan Huwaida datang ke dorm aku. Duduk di birai katil dan bertanya akan Syai. “ Bella, betul ka apa yang kami dengar ni?” Huwaida mulakan bicara sambil Shira merenung ke arahku. Aku yang tak faham terus terpinga-pinga. “Apa dia?” soalku kembali. “Beb, kami dengar ayah Syai dah takdak!” Shira beri penjelasan. Aku terkejut lantas menjawab. “Hishh! Mana ada, ayah dia sakit je lah! everything’s ok lah!” aku menjawab. “ampa ni, cakap yang bukan-bukan.” Tambahku sambil merenung muka dua orang sahabat yang aku mula sayang. “ Ooo..sakit ja, kami dengar ayah dia meninggal. Kesian kat dia.” Tambah Huwaida. “Pandai-pandaila depa tu!” aku jawab sambil marah pada orang yang buat cerita. Shira dan Huwaida terus pulang ke dorm. Tiba-tiba aku didatangi Aida. “Bella, ayah Syai dah tak da la..cikgu Zura yang cakap. Waktu dia balik dari urusetia tadi, cikgu suruh kami tenangkan Syai. Tapi kami semua terkejut tengok dia ok je..” Aku yang terkejut dengan kata-kata Aida terus bertanya soalan bertubi-tubi kpdnya. Tak cukup dengan itu, aku lantas menyambar kadfon dan mendail nombor mak. Sebaik sahaja telefon dijawab mak aku bertanya macamana dengan Syaidatul. Aku tidak segera menjawab malah aku bertanya kembali kpdnya, betul ka ayah dia dah takdak? Mak aku mengiyakan dan menceritakan segalanya. Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, aku pulang ke dorm dengan linangan air mata. Syai, aku harap hang kuat! Sebaik sahaja pintu dorm ku kuak, perlahan-lahan aku mengesat air mata. Entah mengapa air mataku sering bergenang pada hari tu..
Aku menjadi serba salah. Fikiranku ligat memikirkan bagaimana reaksi Syai setelah mengetahui berita yang tak disangkakan ni? Sewaktu aku sedang berbaring, tiba-tiba aku mendapat satu mesej. Dari Syai. A’kum mira, bp aku dah meninggal! Pak ngah aku ckp yang bapa aku sakit..bp aku sakit jantung!. Aku terus mendail nombor telefon Syai dan memasang loudspeaker. Semua rakan-rakan dorm yang menyayangi Syai berkumpul di katil ku. Bercakap dengan Syai. Tak kurang juga yang memberi kata semangat agar Syai lebih tabah dan kuat dalam menempuh hidup ini termasuklah aku. Hari itu juga aku merasa tidak kena dan aku moody buat sekian kalinya. Sebelum makan tengah hari, aku sempat menghadiahkan surah Yaasin buat pertama kali untuk Allahyarham pak cik Omar Bashah yang aku sendiri kenali dan arwah sendiri acapkali bergurau denganku sewaktu hayatnya masih ada. Tanpa ku sedar, air mataku berlinangan dan aku tidak menjawab panggilan telefon Intan biarpun dia sahabat baikku.
Usai sembahyang Zohor aku membaca Yaasin sekali lagi untuk mereka yang aku sayangi dan telah pergi dulu termasuklah arwah pak cik Omar Bashah. Malam itu, selepas solat Maghrib kami telah mengadakan tahlil untuk kepergian arwah ayah Syai.

eka (kanan) dan sue

Yang pasti Nurul Zalikha atau Eka membaca Yaasin bersebelahan denganku tatkala aku lihat lebih ramai yang tidur dan berbual termasuklah beberapa dormmates aku. Aku tidak salahkan mereka yang ‘kedekut’ kerana mungkin mereka tidak mengenali Syaidatul Azureen. Tapi dia adalah sahabat baikku dan persahabatan yang dibina selama enam tahun sudah cukup untuk aku berkongsi semuanya dengan Syai. Itulah harapan dan anggapan ku. Syai, be strong beb! I will stand behind u no matter what. Take care! Sesudah sahaja tahlil, Eka memegang bahuku dan bertanya kenapa aku bermuram, aku hanya melemparkan senyuman. Disaat ketiadaan Syai, Eka berada di sisisku mengambil tahu tentang diriku. Aku terus memandang Eka ambil mengharapkan seribu pengertian. Eka, kenapa aku baru jumpa hang sekarang? You are too nice. I begin to love our friendship beb! Malam tersebut ku biarkan berlalu dengan hati yang kosong dan tanpa seorang teman di katil sebelah kiriku. Beb! Gud nite!
Hari esoknya, adalah hari yang sibuk buatku. Hari aku mula berkempen dan memancing undi. Sewaktu rakan-rakan terutamanya Aida dan Louis membantuku menyiapkan poster, aku tercari kelibat seseorang. Ku pandang kanan. Ku lihat rakan-rakanku sibuk menampal poster mukaku dan Ajai dari Parti Gemilang. Tak kurang juga dengan parti-parti lain terutamanya Dedikasi. Ku pandang ke arah kiri, kelibat yang ku cari tidak juga ku jumpa. Lantas aku terus pusing satu kem sambil meninjau ‘anak-anak buahku’ sibuk menyiapkan tugas masing-masing. Tiba-tiba aku terpandang kea rah kelibat yang aku cari-cari. Ku lihat dia sedang sibuk berkempen untuk parti. Ku amati betul-betul, adakah parti Gemilang? Parti….DEDIKASI? ya, memang parti Dedikasi. Eka, aku tak sangka hang… hatiku hancur kerana aku lihat Eka membantu parti musuhku untuk muncul sebagai pemenang pilihanraya. Lantas bermula titik kesedihan dan kekecewaan aku terhadap Eka. Dia antara mereka yang menyokongku supaya bertanding dalam pilihanraya, tapi kenapa dia…? Aku kecewa…
Hari Mengundi: Hari tersebut berjalan dengan lancar dengan sokongan rakan-rakan terutamanya Aida, Adilla dan Syuhada. Namun ketiadaan Syai sedikit sebanyak membunuh moodku apatah lagi setelah ku kenal Eka yang sebenar. Mungkin. Setelah tamat sahaja waktu mengundi, tibalah pula waktu pengiraan undi. Eka yang juga Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) duduk berhadapan denganku. sekali-sekala pandangan mata kami bertaut,tapi aku bertindak biasa sahaja. Tidak tersenyum mahupun bermuram. Pendek kata aku hanya serius sambil melihat proses pengiraan undi. Namun, ku sedar yang Eka menyedari perubahan diriku. Dia ku lihat lebih banyak tunduk berbanding aku yang penuh ego pada saat itu. Selepas pengumuman keputusan pilihan raya dibuat aku mendapat tahniah dari rakan-rakanku termasuklah Eka. Sewaktu bersalam, tanganku menyentuh tangannya tanpa ada apa-apa perasaan, langsung tiada keinginan untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokongku, namun untuk menjaga hati dan perasaannya, aku hanya tersenyum dan memegang bahunya.
Pada petangnya, aku begitu moody. Teramat moody. Biarpun aku ditabalkan menjadi YB namun ingatanku terhadap Eka lebih diberi perhatian. “Eka, aku begitu harapkan sokongan hang, dan aku dah sayangkan persahabatan kita tapi kenapa hang berpaling tadah?” banyak kali persoalan tersebut bermain di fikiranku. “aku tak mengharapkan kemenangan, aku tak mengharapkan kejayaan dan aku bukannya gila pangkat, tapi aku betul-betul perlukan sokongan. Sokongan kawan-kawan kita agar aku jadi lbih kuat termasuklah dari hang!” Aku cuba melelapkan mata, namun tidak terlena. Aku paksa diri not to take serious everything tapi tanpa ku sedar perbuatan ku disedari Ika dan Ida. Seperti biasa mereka cuba menghiburkan hatiku dengan bergurau secara ‘porno’ namun ada antara gurauan mereka langsung aku tak boleh terima. Dan aku telah terkuatkan suara terhadap mereka dan bermulalah satu episode hitam dengan Ida dan Ika. Pada malamnya, aku menghantar mesej pada Eka, kataku…cinta kawan lebih murni dari cinta seorang kekasih, tanpa mereka kita kesunyian, walau apapun terjadi, kau tetap ku ingati…namun sending failed! Aku kecewa. Mungkin Eka telah menukar nombor telefonnya tanpa memberitahuku. Siapalah aku…bukan kawan yang dihargai.
Mereka seakan-akan memusuhiku selepas peristiwa itu. Pada satu petang, sehari sebelum MC (seorang Chinese girl yang rapat denganku) pulang, dia ada bertanya padaku akan masalahku. Pada mulanya aku menolak untuk berbicara akan hal ini. Seolah-olah aku membuka pekung di dada. Namun MC begitu pandai memujuk dengan dia jugak menceritakan masalahnya padaku dan aku menjadi serba-salah. Lantaran daripada itu maka kami pun bertukar-tukar masalah. Aku juga memanggil Aida untuk berbicara bersama-sama. Sedangkan waktu itu kami sedang berada dalam baris. Setelah berbuih dan lenguh mulut meluahkan masalah masing-masing, Aida dengan drastic berhadapan dengan Ika dan Ida serta mengatakan bahawa aku ingin memohon maaf. Aku mulanya terkejut dengan tindakan Aida namun setelah melihat Ida bangun pabila ditarik Aida datang ke arahku, aku dengan sendirinya terbangun dan memohon maaf secara terbuka. Tetapi hatiku berapi setelah melihat mereka ‘bo layan’ terhadap maafku. Bersikap acuh tak acuh. Apa lagi, aku yang hot temper ni pun pulang ke tempat asal dan kata dengan sekuat-kuat hatiku bahawa minah dua ekor tu ego! Rasanya suaraku mampu didengari satu padang kawad. Selepas itu aku cuba dipujuk oleh Aida supaya tenangkan fikiran dan kawal emosi.malangnya, Aida turut aku marahi. Hehe…siapa suruh dia pandai-pandai bertindak bagi pihakku.
Episode ini berlarutan pabila, ramai budak-budak dorm A termasuk Shira, Huwaida dan Nurul Iman agak anti pada Ika dan Ida tambah-tambah lagi Shira. Jadi meeka seolah-olah menarik aku untuk sama-sama mengutuk Ika dan Ida. Secara jujurnya aku lebih banyak mendengar dari berbicara. Kerana aku tahu Ika dan Ida tidaklah seburuk yang disangka. Makin aku bercampur dengan rakan-rakan di dorm A makin banyak cerita menarik tentang Ika terutamanya yang hot dan pedas. Tidak lama selepas itu, Shira dan Huwaida terpaksa balik awal kerana menyambung pengajian mereka di matik Penang dan Kedah.
Pada satu malam klimaks, aku telah berhadapan dengan satu dorm B kecuali chinee bcoz they all already back! Namun facing aku lebih kpd ika dan Ida sehingga lewat malam lebih kurang pukul 2 pagi. Masalah bertambah pabila Iman (my luvly buddy) juga terlibat dalam hal ini. Aku rasa bersalah terhadap Iman tapi entah kenapa aku puas hati dan selepas itu nama Ika dan Ida tidak lagi meniti di bibir aku dan Iman. Banyak lagi cerita best!! Namun ku tahu Ika dan Ida terutamanya masih mempunyai dendam kesumat terhadap diriku. Ku biarkan sahaja. Kerna ku tahu mereka hanya ku kenal selama tiga bulan dan aku masih ada seorang rakan baik, iaitu Syai. Rakan baik ke? Ya memang aku telah angkat Syai sebagai sahabat baikku. Tapi tidak ku pasti bagaimana dengannya.
Pada satu maghrib, sebelum Syai pulang ke kem, Adilla ada bertanya padaku, “kenapa Eka tak sembahyang Isyak malam tadi? Aku tengok dia banyak berubah” Aku yang terkejut dengan pertanyaan Adilla tersenyum. “Kenapa tanya aku”. Adilla membalas, “hang kan kawan dia”. Aku tersentuh dengan kata-katanya. Eka kawan aku? Terdetik soalan itu dalam hati. Namun ku balas pada Adilla “nanti aku Tanya dia kenapa tak sembahyang Isyak malam tadi!” walaupun aku tau bukanla tugas aku nak ambil tahu tentang Eka. Selepas sembahyang Maghrib, ku toleh belakang untuk lihat berapa ramai wirawati yang kedatangan haid. Secara tidak sengaja pandangan Eka dan aku bertaut. Aku lemparkan senyuman padanya dan dia membalas kembali. Usai sahaja bacaan doa, aku terus bersalam dengan jemaah yang berada disisiku termasuklah jemaah yang berada di belakangku. Salah satu daripada mereka ialah Eka. Sewaktu bersalam dengannya, aku menarik tangan Eka dan memberi isyarat supaya dia mara ke hadapan kerana aku ingin berbual dengannya. Dia hanya tersenyum tetapi aku sebaliknya serius. Begitulah aku. Selagi ada something yang terbuku di dada aku sukar utk tersenyum.
Aku lantas memulakan bicara, “Eka, ada kawan-kawan kita cakap yang hang dah berubah. Lepas tu aku Tanya depa balik, apa kena mengena dengan aku? Aku kata macam tu sebab kita ni bukannya rapat sangat.” Aku diam sebentar. Aku dapat lihat Eka terkejut dengan kenyataanku. Serta merta aku lihat matanya sebak. Lantas, untuk tidak mengeruhkan keadaan aku terus straight to the point. “beb, kenapa tak sembahyang Isyak malam tadi? Ada kawan-kawan kita bagitau aku, waktu kita semua jemaah Isyak, hang dok hang out kat luar. Kalau boleh janganla tinggal sembahyang even nak ikut kawan-kawan pun. Lagi satu, stay the way u are. Tak payah la nak ikut style orang even kawan baik sekali pun”. Aku berceloteh panjang dan sepanjang aku bercakap aku lihat dia tunduk dan hanya mengangguk. Selepas ku lepas azab di dada, Eka terus keluar dari surau dan berjalan bersama Sue. Saat itu aku rasa serba salah. Salah ke aku tegur dia, dan dia ada hak sama ada nak sembahyang atau tidak. Kenapa aku nak lebih-lebih? Betul ke tindakan aku? Namun ku pendamkan saja.
Sewaktu mahu memulakan solat Isyak berjemaah mengikut imam, kebetulan di sebelah aku ada space lagi utk seorang makmum, ku arah Adilla untuk rapat denganku namun aku terfikir tentang Eka dan kala itu Tuhan seakan-akan memberi peluang padaku untuk memperbetulkan keadaan. Aku memanggil Eka untuk bersembahyang sebelahku. Waktu itu aku lihat yang dia hanya tunduk. Tiba-tiba aku teringat saat dia memperbetulkan telekungku sewaktu aku sedang bersembahyang. Waktu itu rambut aku berjuntai terdedah dan tanpa disangka-sangka dia memperbetulkannya untuk aku. Aku segera beristighfar kerana sepatutnya bersembahyang bukannya fikir tentang Eka. Tamat sahaja bacaan doa dan tanda bahawa aku telah berjaya melengkapkan solat lima waktu pada hari tersebut, aku bersalaman dengan mereka yang duduk berdekatan denganku. aku menahan Eka dari bangun. Aku terus katakan padanya bahawa aku minta maaf seandainya dia terasa hati dengan teguran aku sebentar tadi. Dia menjawab, “takpe” aku menarik nafas lega. Dan aku lantas bersuara “ Eka, aku suka kawan dengan hang. Aku belum ada kawan macam hang. Dan untuk pengetahuan hang, sewaktu aku perlukan somebody, hang mesti di sisi aku. Aku sayangkan persahabatan kita yang baru terbina ni.” Ku lihat Eka tesenyum manis. Aku lantas memeluk bahunya dan dia membalas. Aku terus bangun selepas itu tapi aku lihat dia masih duduk di atas sejadah. Aku rasa sepeti ada yang tak kena. Aku memegang bahunya dan ku ucapkan I really appreciate u and I want u know that. Aku terus berlalu keluar dari surau. Sewaktu aku sedang memakai kasut, Eka menghampiriku dan she said thanks Bella! Aku lantas tersenyum. Hatiku menjerit “Eka, I luv our friendship.”
Hari-hari berikutnya, jika aku terserempak dengan Eka, kami masing-masing tertunduk. Aku sebenarnya kurang suka akan situasi ni, dan kadangkala aku luahkan pada Syai, namun aku tak nak dia salah anggap. Lalu terhasillah banyak puisi dari aku untuk Eka. Namun terdapat satu puisi yang yang menarik perhatianku iaitu TIADA NIATKU.
MELIHAT KAU BERSEDIH HATI
JIWA SENANG MULA GELISAH
SINAR MATAMU KOSONG
MENERBITKAN RASA KEKESALAN
TERUS – TERUSAN
LUAH HATIKU BUKAN NIAT UNTUK MENJATUHKAN
APA LAGI MELUKAKAN
HANYA SATU PESANAN
ENTAH KENAPA KAU BEGITU KUSAYANGI
SAAT KAU DATANG PADAKU
SINARAN MATA MASIH LAGI KOSONG
LANTAS BERTEKADLAH AKU
SEMUANYA AKU LAFAZKAN
TANPA ADA SEBARANG KURANG
KU JUGA UCAPKAN
I WANT U TO KNOW THAT I REALLY APRECIATE U

SEBAIK FAJAR MENINGGI TERBIT MENTARI
MATA BERPANDANGAN SEKALI LAGI
KAU TUNDUK LAGI MEMBISU
DAN AKU TERUS BERDIRI KAKU
MERAUNG HATIKU
“SAHABAT, KATAKAN APA YANG TERBUKU DI HATIMU
KATAKAN SAYANG!
AKU INGIN TAHU…
AKU TIDAK BUNTU…
AKU MENYAYANGIMU!!”
MENITIS AIR MATAKU
HIBA BEGITU SENDUKU
SAYANG KU NYANYIKAN LAGU RINDU
LUKAKAN HATIMU
TIADA NIATKU
Begitulah hari-hari bisu antara aku dan Eka berlalu. Namun, ingatanku terhadp Eka tak pernah luput dan kadangkala namanya meniti di bibirku dan teman yang paling setia mendengar luahan hatiku ialah Syai.Thanks Syai! Padaku cukuplah ada orang yang sudi mendengar akan luahan perasaanku dan kadangkala aku dapat lihat yang Syai agak muak dengan aku. Hehe…sori beb!
Namun, hubunganku dengan Eka kembali pulih apabila aku sering berkunjung ke dorm E utk berbual dengan Amalina yang kurasakan begitu baik terhadap semua orang. Secara tidak langsung, hubunganku dengan Eka,Ummi, Suzira, Tini, Min, dan Sue semakin erat apabila banyak bicara kami kongsi bersama. Terima kasih kuucapkan kepada kalian kerana begitu baik terhadapku…
Hari demi hari kami lalui dengan penuh gelak tawa. Cuma kadangkala Syai agak emosional apabila teringatkan keluarganya serta masalah famili yang ku kira agak berat juga. Sebagai kawan, aku cuba mententeramkan perasaannya dengan memberi kata perangsang hinggakan aku sendiri telah menyatakan bahawa segala milik aku adalah miliknya juga. Termasuklah ayah dan ibuku. Saat itu hanya Tuhan yang tahu bahawa aku semakin menyayangi Syai dan aku begitu ikhlas. Tidak ku pasti atas dasar simpati atau sebaliknya, tapi aku betul-betul sayang padanya. Kadangkala bila air matanya mengalir hiba, aku juga sebak dan air mataku terasa murah untuk mengalir, namun ku pendmkan saja, kerana sekiranya terbit air mataku, aku pasti dia pasti menangis dengan lebih teruk. Itulah peranan yang harus aku mainkan demi seorang sahabat. Rasanya saat itu sudah cukup untuk aku dan Syai terus bergelar sahabat dunia akhirat. Apatah lagi sewaktu pulang dari Kem Lagenda, Syai demam. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Maksudku, janganla dia pengsan dalam baris lagi. Jadi sebagai sahabat, aku rasa aku bertanggungjawab untuk menjaga Syai. Seperti biasa, sekiranya aku demam, mak aku akan menjelum aku dengan tuala basah. Aku lakukan perkara yang sama pada Syai, bukankah dia sahabat baik aku? Aku tak akan lupakan saat tu kerana aku dapat rasakan yang aku telah meluahkan rasa sayang aku pada Syai melalui perbuatan tersebut. Entah kenapa aku tidak kekok untuk membantunya.mungkin sebab kami tinggal bersama rakan-rakan dan persahabatan menjadi semakin erat? Maybela..

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pada satu hari cuti, Jumaat ku rasa. Aku telah mengalami sakit perut. Ada aku khabarkan pada kawan-kawan yang lain termasuk Syai. Dan ada sekali tu Syai menawarkan diri untuk mengurut aku, aku katakan padanya tak payah sebab aku takut makin teruk. Aku hanya tersenyum saat itu tambah-tambah lagi bila kuingat balik akan waktu Syai mengurut kaki aku yang bengkak akibat tersalah urat selepas bermain futsal. Lepas saja aku terima urutan special dari Syai (selalunya di surau) kaki aku semakin sakit dan bengkaknya membesar. Secara jujurnya, aku mesti tersenyum kelucuan jika terkenangkan peristiwa ini. Syai…Syai…pada satu waktu senggang, Adilla dan Aida ada datang padaku dan cuba berbual denganku. aku katakan pada Adilla yang aku tak nak kawan dengannya. Entah mengapa terlafaz kata-kata tersebut. Mungkin bosan kerana Adilla sering merengek. Namun Adilla pada mulanya tak ambil serious tapi dia acap kali Tanya padaku samada betulke aku tak nak kawan dengan dia, aku cakap betulla! Adilla mencabar aku dengan mengatakan, “OK takpe..kita tengok nanti.” Aku balas sambil ketawa, “fine kita tengok!” Sesedar aku Aida juga ketawa melihat songeh Adilla dengan aku. Tidak terlintas di hati aku yang Adilla serius dengan kata-katanya. Selepas itu, aku mengajak Syuhada makan tengahari. Kami ke Dewan Makan agak lewat sikit kerana aku sendiri sakit perut dan Suey pada mulanya tak nak makan, tapi lepas diketuk oleh aku, baru la nak makan.
Pada petang tersebut, aku cuba bergurau dengan Adilla namun gurauan aku tidak dilayan. Saat tu betapa sakitnya hati aku. Namun, sejahat-jahat mulut aku ni, bukan semua perkataan tu aku maksudkan. Malah most of my words adalah niat utk bergurau. Aku terus keluar dari dorm dan ke dorm G untuk berbual dengan Imah. Sesampainya di sana, aku mendapat idea untuk menghantar mesej pada Adilla untuk mintak maaf. Petikan mesej aku, sweet sms 2 a sweet person 4 a sweet reason at a sweet time on a sweet day in a sweet month and sweet year. Really happy to have u besides me. Luv
Namun mesej aku tidak dibalas. Tak mengapa… aku ingatkan Adilla akan terima kata-kataku rupanya she’s taking serius. Minah ni dah melampau la ni… lantak hang r!
Selepas itu aku terus biarkan Adilla dengan pe el dia.
Pagi esoknya adalah hari lawatan keluarga kedua terakhir sebelum kami menamatkan latihan. Pada pagi tersebut, Syai ke kedai foto untuk menangkap gambar sebagai persediaan ke politeknik. Dalam jam 1145 pagi aku mendapat panggilan dari ibuku mengatakan she’s on the way ke kem aku dan dia pesan supaya aku bawa Syai bersama kerana dia ingin meraikan kejayaan kami yang berjaya melanjutkan pelajaran. Lantas aku bersiap secepat mungkin. Jam 11.59 aku mendapat mesej daripada Syai yang berbunyi: akum bella? Ada kat mana la ni?aku ada kat urusetia ni! Lantas aku membalas, mak ayah aku on the way. Hang tunggu kat urusetia dulu. Tak lama kemudian Syai muncul dihadapanku. “aik! Kan aku cakap tunggu kat urusetia. Mak ayah aku on the way.” Aku berkata. “ Syai dengan termengah-mengah menjawab “ aku tak terima pun mesej hang. Handphone ni masalah sket!”
“laa..kesian kat hang nak kena pi dewan makan pulak! Boleh ke ni?” aku bertanya.
“ boleh..” Syai menjawab. Sambil aku bersiap, Syai menunjukkan gambarnya padaku. Aku tanpa rasa malu mintak sekeping. “beb! Bagi aku sekeping! Boleh aku simpan buat kenangan.” Syai mengizinkan aku menyimpan sekeping gambarnya. Aku menyimpan gambarnya di dalam locker buat sementara. Sambil itu dia berceloteh tentang tuan punya kedai foto dan tentang cik kerani urusetia. Katanya, kerani tu baik sebab akan pos lajukan gambar Syai untuk abangnya di seberang laut. Aku hanya tersenyum mendengar cerita sahabatku yang begitu bersungguh-sungguh. Seleps itu kami bertolak ke dewan makan. Setibanya di sana, kelihatan mak dan adik-adik aku berjalan masuk ke kem.
Aku menerpa kea rah familiku sambil Syai, Aida dan Adilla dan beberapa rakanku yang lain juga sempat berbuat begitu. Sejurus selepas itu, aku, Syai dan familiku terus menjamah KFC tanda meraikan kami berdua. Namun sempat ku simpan kentang putar untuk Aida kerana ayah aku ada mempelawanya menikmati KFC bersama-sama. Tapi Aida seperti malu-malu kucing. Hehe…gatai la dak sorang ni!
Dalam pada itu, aku dan Syai ada berpatah balik ke dorm untuk mengambil barang-barang yang aku tertinggal untuk ayah dan ibuku bawak balik. Dalam perjalanan kami, aku kesian meihat Syai kerana beberapa kali berpatah balik. Mesti dia penatkan? Dan di saat tu aku tak pernah lupa bahawa aku memanggil dia adik, kerana dia sudah ku anggap seperti famili sendiri dan ikhlasnya sebagai famili mestilah disayangi dan di saat itu juga aku nak dia tau bahawa dia disayangi bukan sahaja oleh aku, malah keluarga aku. Inadahnya saat tu tak dapat dilafazkan. Hanya kami berdua, berbual mesra dalam hujan renyai-renyai dan yang penting aku cakap tanpa berselindung. Thanks Syai! Kerana hang telah menghadirkan saat-saat indah pada aku sewaktu berada dalam kem.
Pada petang tersebut juga, Mardiana telah melawat kami semua. Itupun aku hanya diberitahu sewaktu aku hendak mengerjakan solat Asar. Tapi aku berjanji dengan raka-rakan yang lain bahawa aku akan menyertai mereka selepas mengerjakan solat nanti. Kunjungan Mardiana pada hari itu berlalu seperti kunjungan-kunjungan yang lain. Bertanya khabar, bergurau senda dan mengucapkan selamat untuk segalanya.
Sewaktu berjalan pulang dari dewan makan, aku sebenarnya menahan geram kerana aku ada bergurau dengan Adilla namun ‘bo layan’. Serta-merta tanpa aku sedari moodku telah mati. Sesampai sahaja di dorm, kami terdengar pengumuman untuk menukar blanket dan bedsheet dengan segera. Apa lagi, dahla cuaca hangat, bagi arahan dengan mengejut plak tu. Aku terus membuka lay out bedsheet dan blanket serta meluru untuk berbaris ke padang kawad. Pulang sahaja dari membuat pertukaran, aku mula melakukan lay out ke atas katilku. Namun, sebenarnya bukan aku yang buat, tapi Syai. Hehe..teruk btul aku. Bukan aku nak buli Syai, tapi mungkin dia sendiri tak tahan tengok aku mencuka sambil mengemas katilku. Hai…malangnya nasib budak tu. Sekali lagi aku terharu atas tindakan Syai. Selepas itu aku terus berbaring. Ku rasakan serba tak kena. Aku tak boleh dengar suara Adilla. Rasa lain macam. Seperti biasa aku mainkan MP3 handphoneku sambil cuba melelapkan mata. Penat. Tiba-tiba aku terdengar suara menyuruhku memperlahankan volume. Tapi aku tak faham kenapa pulak? Rupa-rupanya ada orang sedang bersembahyang. Dalam waktu itu, Syai ada bercakap denganku, namun segalanya ku balas dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Malas nak ambil serius aku terus menutup MP3 tanda aku menghormati orang yang sedang bersembahyang. Habis sahaja orang tu bersembahyang, aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orang yang baru sahaja sujud menyembah Illahi. Oooo …Adilla rupanya! Selepas itu aku lihat ada seorang lagi (tak salah aku) hamba Allah yang mengerjakan suruhanNya. Suasana hening seketika. Tiba-tiba sahaja terdengar gelak ketawa yang sungguh kuat oleh Fatihah mungkin. Aku terus menegur “ ampa tak rasa ka yang ampa ni bising?” Secara serius aku menegur tanpa melihat kearah mereka. Namun aku dengar Fatihah membalas “ takpala, marahla…kami dah nak balik.” Adilla pula menyambung “ balik jangan tak balik..” disusuli dengan ketawanya yang sinis. Kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Aku persis sarang tebuan pada waktu itu membalas “ balik je lah! Nak bising-bising apa?” aku sedar aku tidak patut kata sebegitu tapi aku geram.Bila Adilla sembahyang aku disuruh perlahankan suara MP3, tapi kenapa bila orang lain sembahyang depa plak nak bising dengan ketawa begitu kuat?. Aku yang sememangnya hot temper terus blah dari dorm dan buat apa yang patut. Saat itu, aku dapat rasakan keadaan semakin tak kena.
Kalau diingatkan, memang menyakitkan hati. Syukur ku panjatkan kerana tangan aku tidak melempang Adilla. Fikiranku memikirkan siapa Adilla tu sampai terlalu demanding.? Macam hebat sangat dia tu. Pada malam hari, kami yang Muslim menjalankan aktiviti seperti biasa. Ke surau untuk berjemaah. Sampai sahaja di surau aku terus mencapai surah Yaasin untuk dibaca selepas solat maghrib. Sebelum bersembahyang, aku memeluk Yaasin dengan erat agar tuhan memberi aku kesabaran. Jangan terikut-ikut emosi. Tiba-tiba Syai menepuk bahuku dan berkata “ Bella, nak kami tolong pegang handphone ampa?” aku yang terkejut, membalas “ tak payahla, aku boleh pegang sendiri”. Aku tidak melihat reaksi muka Syai pada waktu itu sama ada terasa hati atau sebaliknya namun aku berkata tanpa sebarang niat. Tapi dapat ku sedar bahawa mungkin dia branggapan bahawa aku ni moody. Lantaklah Syai, aku penat…malas nak fikir apa-apa pun. Maghrib dan Isyak berjaya aku habiskan di surau secara berjemaah pada malam tu.
Kebetulan pada malam itu adalah konsert akhir AF. JL dengan sportingnya telah membuka siaran langsung untuk kami tonton bersama. Konsert final tu langsung tak menarik perhatian aku. Aku lebih banyak berbual dengan Husna sambil Syuhada tidur di bahuku. Belumpun habis tayangan pada malam itu, aku bergerak ke kumpulan Ummi dan berbual dengan rancak. Seronok aku pada waktu tu, at least ada juga tempat nak bergurau senda.
Setibanya di dorm, aku tak puas hati sekali lagi melihat sarung bantalku yang kuning menggelikan. Tiba-tiba Nadwa datang ke arahku dan menyerahkan sarung bantal Finaz (yang telah pulang ke rumah) kepadaku. Aku terus menyambut sarung bantal tersebut dan memakaikannya ke bantal ku. Lantas terus tidur tanpa memandang pada sesiapa pun. Oh ya, pada waktu itu juga otakku penat memikirkan tentang perlawana debat akan kami tempuhi tak lama lagi. Aku akui minatku pada perbahasan mengatasi segala-galanya. Sambil-sambil itu, aku menelekup buku pink yang ku anggap sebagai buku kerja khusus untuk debat ke mukaku dan aku terus terlena. Letih bangat hari tu. Dan aku jujurnya malas hendak memikirkan tentang Syai, Adilla, Aida, Mardiana atau sesiapapun pada hari tersebut seperti kebiasaannya. No mood! Gud nite!
Pagi tersebut aku terjaga tepat jam 5.00 pagi. Aku terus mencapai segala yang patut dan terus bersiap hendak ke surau. Semuanya kena cepat kerana aku ditugaskan utk mengambil baris setiap kali hendak ke surau. Pagi tersebut aku langsung tidak bercakap dengan sesiapa pun kerana dapat kurasakan ada sesuatu yang tak kena.PT pagi pada hari tersebut ialah tarian poco-poco. Aku menari mengikut gerak tari cikgu. T Kah menari di sebelahku. Sewaktu kami menari bersama dengan gelak ketawa, tiba-tiba Ika menarik tangan T Kah dan berbisik kepadanya. Aku dapat rasakan bahawa Ika sedang bercakap mengenai diriku. Selepas habis sahaja mereka berbisik, T Kah yang pada mulanya OK dengan aku, terus tidak bercakap apatah lagi gelak ketawa seperti mula-mula tadi. Ada something wrong ni! Biarlah… asal aku tak kacau hidup orang.
Begitulah keadaanya dengan semua dormmateku kecuali Syuhada. Tapi taka pa lah, apa nak jadi, jadi la. Sebab aku tau aku masih ada Syai and I don’t think there’s any prob between me and Syai! That’s all! Hari berlalu begitu sahaja tanpa aku mengambil tau apa-apa. Tapi ada something wrong ni! Takpa, kita tunggu dan lihat! Sebelum kelas KN jam 1430 bermula, Imah datang kepadaku. “Bella, aku nak cakap sikit dengan hang.” Aku yang blurrr.. pun cakap “ apa dia? Cakapla…”
“Tadi, waktu aku hantar Fiza pi kelas dia, aku terserempak dengan Syai dan Aida.”
“so, apa jadi?” aku menyampuk.
“Syai Tanya macam mana persiapan team kita untuk debat nanti…Syai kata team kita mesti menang punyala. Kan team ‘ampa’ ada ‘pendebat terbaik’! muka dia seolah-olah mengejek hang.”
“Biar betul? Apa masalah dengan perempuan tu?” aku bertanya dengan perasaan tak puas hati. Memang Syai tahu akan cita-citaku untuk muncul sebagai pendebat terbaik dalam setiap pertandingan bahas yang aku sertai.
“dahla Bella, tak yah fikir sangat pasal perempuan tu….tapi aku tengok cara dia cakap seolah-olah mengejek hang ja..”
Sakitnya hati aku, pendamkan saja. Kenapa Syai nak ejek-ejek aku pulak? Bukannya aku kacau dia pun! Jujurnya, aku lebih terasa hati dari geram. Sampai hati dia nak perli-perli aku. Diakan kawan baik aku! Sebelum tamat kelas KN, cikgu Fizah yang menggantikan cikgu Atie menyuruh kumpulan debat kelas kami melakukan persiapan. Ku lihat jam sudah hamper pukul 4. sebentar lagi Adilla dan Fatihah akan pulang ke Kelantan. Imah mulakan bicara terlebih dahulu, “wei, satgi Fiza nak balik Kelantan, aku sedih la.. pasni mesti takdak sapa-sapa yang nak melawak dengan aku. Aku hanya tersenyum melihat Imah. Tiada apa yang boleh aku katakan kerana hati aku sendiri tak tenteram. Aku dapat rasakan yang Imah sayangkan Fiza. Memang yang tu Imah selalu sebut pun. “Aku sayang kat Fiza tu! Dia kawan baik aku kat sini”
Tiba-tiba air mataku mengalir deras. Enia dan Wai Yee yang terkejut terus bertanyakan padaku. Kenapa aku jadi macam ni? Aku tak fikirkan apa-apa dan terus menangis,. Mereka bertiga mententeramkan perasaan aku. Setelah mendapat sedikit kekuatan dan ketenangan, aku soal pada Imah “betul ke Syai cakap macam tu? Apa tujuan dia kata macam tu?” Enia dan Wai Yee yang tak faham apa-apa terus mendesak Imah agar menceritakan apa yang berlaku. Imah pertama sekali meminta maaf kerana dia tak sepatutnya menyampaikan cerita tu dan terus bercerita sehinggalah ke akhirnya. Enia pula mendesak aku untuk ceritakan padanya akan apa yang berlaku secara keseluruhannya. Aku pun menceritakan semua tanpa ada sebarang lindung dan aku terus menangis sambil Wai Yee menyuruh aku bersabar.
Wai Yee berkata “ I think u better slowtalk to your dormmates..ask them what actually happened”
Aku balas “I don’t care about them. But why Syai perli me? Is there anything wrong with us?”
“and that’s why you have to slowtalk with Syai too..” Wai Yee menambah sambil Enia
mengusap bahuku suruh aku bersabar. “I think Wai Yee is right. U should slowtalk to Syai. Ask her, what’s wrong with ur relationship” Enia berkata. Melihat aku kembali tenang, Imah memegang tanganku dan berkata “wei, Bella aku mintak maaf kalau apa yang aku kata tadi menyusahkan hang.” Aku hanya tersenyum. Takda apa-apala Imah. Nasib baik hang bagitau aku. Mungkin aku kena slowtalk to Syai. Balik satgila, kan dia sebelah katil aku!

Aku melangkah pulang ke dorm dengan hati yang berat. Tak tau kenapa. Sampai sahaja di pintu dorm, aku menarik nafas dalam-dalam. Menunggu apa pulak yang akan berlaku. Ku pusing tombol pintu, dan ku lihat Ika dan Fath mengangkat locker. Milik siapa aku tak pasti. Tapi sebelum tu Ika sempat menjeling tajam kearahku. Aku hairan dengan perubahan tesebut. Aku terus menyalin pakaian kelas ke pakaian PT. aku memberanikan diri untuk melihat ke katil Syai sambil tersenyum. Sah! Syai pindah katil. Tapi kenapa? Hina sangat ke aku ni, Syai? Air mataku hamper tumpah. Aku segera keluar dari dorm membawa telekung. Kemana aku kurang pasti. Tiba-tiba sahaja aku teringat akan Azah. Aku masuk ke dorm D tanpa memberi salam. Aku meluru ke katil kosong dan memandang muka Azah dari jauh. Azah kelihatan hairan. Aku terus memandangnya dan tiba-tiba sahaja aku menangis. Azah terus menerpa ke arah aku. Memeluk dan cuba mententeramkan aku. Aku terus menangis di bahu Azah. Dan saat tu takdak sapa pun yang tau perasaan aku. Aku terus menangis tak ingat dunia. Pandanganku kosong dan aku tak kisah akan sesiapa pun. Lama juga aku begitu. Sehinggalah aku sedar bahawa aku belum bersembahyang. Aku meminta izin Azah dan rakan-rakan dorm D yang lain untuk bersembahyang Asar di dorm mereka. Usai aku bersembahyang, Azah bertanya
“kenapa ni Bella? Cuba hang cerita pada aku”
Aku sebak dan terus menangis. Munet memberi aku sehelai tisu. “Thanks Munet…aku ada prob dengan Syai. Aku pun tak tau apa puncanya. Tapi dia dah pindah dari sebelah aku. Kami dah jauh. Beb, kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia tak bagitau pada aku apa yang dia tak puas hati dengan aku.?”
“biar betul. Takkanlah Syai nak buat macam tu? Aku kenal dia. Dia bukan macam tu” Azah menjawab. Memang Azah mengenali Syai, kerana selama dua tahun kami bertiga belajar di dalam kelas yang sama. Aku terus sebak dan pandanganku sememangnya berkaca. “Bella, kalau hang ada masalah hang ceritakan pada aku. Kitakan kawan.” Azah menambah lagi. “Terima kasih Azah…”
Kami bergandingan berjalan ke padang kawad untuk berbaris sebelum riadah. Seingat aku, Azah tak lepaskan bahu aku sehinggalah kami masuk ke padang kawad.
Pada waktu maghrib, seingat aku, aku meluangkan masa dengan Imah pada hari tersebut dan kami berbincang mengenai perbahasan. Takdak satu pun yang aku katakan mengenai Syai dan semua yang menyakitkan. Malam itu, sebelum tidur, aku merenung kearah katil kosong di sebelah kiriku. Jika sebelum ini katil kami rapatkan, sebelum tidur kami akan berbicara sebentar, namun tidak lagi saat itu. Segala-galanya kosong dan menyakitkan. Aku pandang kea rah kananku. Syuhada! Aku terlupa yang dia telah menjadi ‘jiranku’ yang baru. Kesian dia. Pindah locker tanpa sesiapa bantu termasuklah aku. Dia pindah sebab nak teman aku katanya. Aku tak pernah paksa dia pindah tapi dia yang rela hati. Pindahlah ke mana pun Suey, tapi jangan ke tempat Syai, sebab katil tu hanya untuk Syai. Sahabat baik aku. Jujurnya, saat itu aku belum tahu di manakah tempat Syai yang baru sebab aku sendiri taknak fikirkan pasal ni. Pertandingan debat makin dekat. Jadi aku taknak runsingkan fikiran. Biarpun begitu, air mataku mengalir jugak saat aku kehilanganya…
WHEN I LOSING U

THE NIGHT, I was WAITING FOR U
LOOKING EVERY SIDE OF MINE
I’M TRYING TO RELAX MY MIND
I’M THINKING AND THINKING
WHY I’M LOSING MY BABY
TRYING HARD TO FORGET
TRYING HARD TO BELIEVE
I JUST GOT NOTHING TO SAY
I REALLY AND SERIOUS LOVE U
OTHERS AND THE REST
IT SCARRY TO HAVE U ALL
‘COZ ONCE I KNEW U ALL
I REFUSED TO LOSE
BABY,
DEEP IN MY HEART
SEEKING FOR U
SEARCHING FOR U
LOOKING FOR U
AND NEEDING U
BUT U ALWAYS NOT THERE
BE THERE STANDING BY MY SIDE
AND HARD TO UNDERSTAND ME
BUT I’M HAPPY TO SEE U HAPPY
IT WAS LASTING FOREVER
NO MATTER HOW DEEP U HATE ME
NO MATTER HOW SERIOUS I DISGUSTING U
NO MATTER HOW MANY TIMES WE BOTH HURT
NO MATTER WHAT PROBLEM WE CANNOT SOLVE
NO MATTER WHAT IT IS
I STILL LOVING AND NEEDING U
LUV N LUV N LUV
“BELLA, PLEASE REALISE! U ARE LOSING HER!!”
WHEN I’M LOSING U…

Sewaktu minum pagi, tpi aku tak keluar, dalam jam 1045 pagi, kelas KN…

Sesudah saja minum pagi, Enia datang kepadaku dan duduk di sebelahku.
“Bella. I talked to Syai juz now. She said that she sad…”
“really? dun try to cheer me up…” aku membalas kata-kata Enia.
“serious…she said that she will try to talk to u. but I want u to smile at her first. She might scared to talk to u if u serious.”
“Oh ya?? Is that true? I got no hope more in her. I really frustrated!”
“ Don’t say that la…try first. And then, she told me that ada orang cakap dekat dia yang u cakap dia tak layak masuk U. Betul ke?”
Aku tersentak dan geram.
“God! I never say that! Sumpah I tak pernah cakap macam tu!!you know what? She moved away from me yesterday. We are not close anymore and I don’t think that we can be like several days or months or years ago. We are far! There’s big space between me and Syai. But I’m not the one who commit that. She start first! And I cannot accept this!!!” aku bertutur dengan nada sebak dan kecewa. How dare u Syai! Tanpa ku pinta, air mataku mengalir lagi, kali ini lebih deras. Ku lihat Enia merenungku, atas sebab apa aku tak pasti. Akhirnya Enia memelukku tanda dia suruh aku bersabar. Aku yakin perbuatan kami dilihat orang. Sesudah aku kembali OK baru kutahu Imah juga memelukku sbg tanda sokongan kepadaku. pagi itu, bersaksikan air mata, aku begitu menghargai Imah dan Enia. Teringat pepatah Inggeris ‘friends Inneed is a Friend Indeed’ yang bermaksud kawan adalah mereka yang bersama kita di waktu susah mahupun senang, di waktu kita menangis atau ketawa. Saat itu juga mengembalikan nostalgiaku bersama bekas teman baik sewaktu sekolah rendah, Azriah. Aku juga telah kehilangan dia. Masa yang memisahkan kami. Dia pernah memberiku satu pepatah lagi iaitu, ‘Friends are like Stars, Not Always Seen but They Are Always There’. Sahabat umpama bintang, tidak selalu kelihatan tetapi mereka tetap ada. Selepas tamat kelas, aku singgah di dorm D untuk sembahyang Zohor. Usai sembahyang Zohor aku pulng ke dorm untuk berehat. Sesmpainya di dorm, Suey menyerahkan sekeping surat yang berlipat kepadaku. Di atasnya tertulis ‘To- BELLA’. Aku yang masih tertanya-tanya terus membaca kumal tersebut. ‘assalammualaikum….Bella, aku nak mintak maaf pada hang. Aku sayang hang Bella. Kita baru saja meraikan kejayaan kita tapi tiba-tiba jadi macam ni pulak. Aku harap hang ubah sikap. Aku takut tengok hang moody, tapi aku takut Allah lagi. Jangan nangis Bella. Aku mintak maaf. Maafkan aku Bella. Maafkan aku. Aku doakan kejayaan hang dalam pertandingan debat. Mudah-mudahan hang boleh jadi macam Melati Abdul hamid. Aku nak kita jadi macam dulu balik. Jangan nangis Bella. Maafkan aku.” Antara isi kandungan surat yang tidak bernama. Tapi aku tau siapa pengirimnya berdasarkan tulisan dan gaya bahasa. Sememangnya dari Syai. First impression aku, stahu aku dia nak face aku bukannya by letter. Rasa macam aku di perantauan sebab hantar-hantar surat pulak. Lagipun aku tak suka cara tu. aku lebih suka berhadapan dan slowtalk. Bolehla kita luahkan semua. Aku lantas melipat kembali surat tersebut dan menyimpannya ke dalam locker.
Aku tukar pakaianku dan terus kembali ke dorm D. di sana aku berbual dengan Munet mengenai pertandingan perbahasan yang akan kami tempuhi tak lama lagi. Kami mula berlatih. Team Munet adalah team pertama yang akan kami lawan. Selaku pembangkang kepada tajuk ‘Wajarkah Wanita menjadi Pemimpin?’, terus terang aku katakan, aku, Enia dan Imah telah bersedia seratus peratus untuk berlawan dengan team Munet pada lusa hari. Sewaktu ‘berbincang’ aku cuba mengorek sedikit point team Munet, namun Munet tetap menegaskan bahawa dia mempunyai satu hujah yang betul-betul dapat membuat pasukan kami terkelu bahasa sewaktu berbahas. Aku lantas tersenyum melihat keyakinan Munet. Selepas itu aku berjumpa Enia dan Imah dan mengarahkan mereka ke bilik rehat untuk berlatih.
Latihan berjalan dengan lancar sehinggalah kami semua penat. Untuk merehatkan minda, kami berbual seketika. Tanpa ku suruh, Enia membuka topic tentang Syaidatul. Pada mulanya, aku menolak untuk berbicara akan perkara tersebut. Tetapi Enia memberitahu bahawa Syai mengatakan padanya yang aku tak nak berbual dengan Syai. Aku terkejut. “bila masa pulak ni…?” hatiku berkata. Aku terus memberitahu Enia bahawa Syai ada menghantar surat pada aku. Apa lagi, untuk menyatakan bukti dan menguatkan hujah, aku pulang ke dorm dan mengambil surat tersebut dan ku tunjukkan pada Enia dan Imah. Selepas membaca surat tersebut, Enia terus berkata “ so…this is good news! Talk to her la…”
“no! I won’t! but I will send letter, bcoz she sent a letter to me!” aku tersenyum.
“Ya…but sampai bila you nak hantar surat saja? Talk to her la..”
“cannot! I cannot accept that she leave me alone while I was needing her. She’s my bestfriend…she supposed not to do this stupid thing!” aku berkata dalam nada marah dan sebak. Seperti biasa, aku akan menangis bila sebut akan hal ni hinggakan fikiranku terganggu dan debat bukan lagi keutamaanku. Selepas itu rutin harian semua pelatih PLKN berjalan seperti biasa. Tapi saat tu, ingatanku terhadap Syai tak pernah hilang dan aku tak boleh menatap wajahnya kerana…aku sedih dan tak boleh terima apa yang telah dia lakukan pada aku.
“aku penat Syai…aku dah letih nak fikir pasal benda ni. I wish I can forget U but insteadly I cannot. Kenapa buat aku macam ni Syai? Jahat sangat ke aku ni? Tapi aku yakin ada firestones dalam dorm kita sampai meracuni fikiran hang. U change a lot and U are not my Syaidatul anymore…tp hidup harus aku teruskan. Aku tau, dormmates kita tak suka aku, dan waktu tu lah aku perlukan hang. Hang kan kawan baik aku. Tapi hang pun join depa…kenapa Syai? Teruk sangat ke aku ni? Tapi aku juga sedar, ramai lagi orang yang menyenangi aku berbanding 12 orang dalam dorm kita yang membenci aku. Dan sebab itu aku harus lakukan sesuatu untuk hang fikir balik akan tindakan hang ni….” Aku sering bermonolog begitu. Hamper setiap jam. Benda yang sama akan aku fikirkan. “malam ni aku akan tulis surat untuk Syai! Yes! Write something and send to her!”

Sewaktu di surau, aku terus membuat apa yang patut dan ku tulis surat untuk Syai. Dalam surat aku, ada antara kata-kata sinis seolah memerli. Tapi niat aku bukan nak menyakitkan hati Syai, tapi aku nk dia fikir balik akan tindak-tanduk aku selama ni. Bukannya nak mengungkit, tapi dia tak rasa ka yang dia dah dihasut oleh kawan-kawan satu dorm untuk memusuhi aku? Takkan la Syai tak kenal aku lagi selama enam tahun kami berkawan? Dan aku tak faham kanapa Syai pilih kawan-kawan yang dia kenal tak sampai tiga bulan berbanding aku yang dia kenal selama enam tahun. Hanya Syai saja yang ada jawapan hingga ke saat ni…adakah sebab aku ni moody dan serius? Tapi kenapa enam tahun dulu dia tak bangkitkan soal ni? Kenapa bila kami sama-sama di PLKN dia baru nak singkirkan aku sebagai kawan? Adakah sebab dia jumpa kawan-kawan yang lebih memahami, tak pernah moody dan berwajah lembut serta double triple baik daripada aku. Semuanya aku bangkitkan melalui surat yang aku hantar. Sekiranya betul, ada satu benda yang aku cuba sampaikan pada Syai, sewaktu dia kehilangan orang yang dia sayang, tak keterlaluan untuk aku katakan bahawa lebih ramai dormmates kita khususnya termasuklah ‘rakan baik’ dia sekarang bergurau, berbual dan tidur dalam surau sewaktu tahlil dan bacaan Yaasin untuk arwah ayah wirawati Noor Syaidatul Azureen. Oooo…kawan macam tu ke yang Syai cari? Takpalah aku ni tak sesempurna Syai dan kawan-kawan baik dia yang berlidah biawak dan talam dua muka. Fikir-fikirkan Syai… hanya itu yang aku ingat isi kandungan surat aku. Yang nyata, langsung aku tak terniat untuk mengungkit, tapi aku nak Syai fikir balik. Sewaktu dia susah, siapa antara ‘geng’ dia yang berkongsi rasa dan kesedihan dia? Habis sahaja aku tulis surat, tanpa dirancang, bergemalah azan Isyak. Aku terus menunaikan solat secara berjemaah dengan rakan-rakan yang lain. selepas ro-call aku terus pulang ke dorm dan ku suruh Syuhada menyerahkan surat tersebut kepada Syai sebelum dia tidur. Manakala aku, Imah dan Enia ke bilik rehat untuk menyiapkan teks perbahasan kerana lusa adalah hari pertandingan. Malam itu, kebetulan Enia duty, apa lagi, aku dan Imah meminta izin cikgu untuk menggunakan bilik rehat sebagai medan kami menyiapkan teks perbahasan. Sewaktu di bilik rehat, seramai 12 wirawati yang mengawal malam hanya Enia sahaja yang bertegur sapa dengan aku kerana baki 11 wirawati lagi adalah datangnya dari dorm aku dan mereka yang memusuhi aku. Lantaklah…aku bukannya kacau minah-minah yang ada ‘class’ tu pun!
Kira-kira jam hampir dua pagi, baru aku pulang ke dorm. Malam itu sungguh menyeramkan… sebabnya, sewaktu aku berjalan pulang ke dorm berseorangan aku rasa diikut dari belakang oleh sesuatu. Aku terus mempercepatkan langkah dan sampai sahaja di dorm baru aku tau di mana ‘tempat penginapan lima bintang’ Syai yang baru. Di sebelah katil Nina dan Sheila. Di dalam dorm waktu itu hanya kami berempat. Aku, Suey Aida dan Syai. Mereka bertiga sudah terlena dan diulit mimpi barangkali. Aku lihat Aida tidur di atas katil Sheila yang duty malam tu. Tanpa membuang masa, aku terus mengemas katilku yang semak dan sempat aku kacau Suey yang sedang tidur. Aku memegang dan menjentik tangannya hinggalah dia terjaga dan memarahi aku. Aku ketawa dan sempat membisikkan ‘gud nite Suey’ dan menampar badannya sekali lagi. Dia merungut sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi aku. Aku terus tidur sambil tersenyum mengingatkan gelagat Suey yang memang kaki tidur. Pantang ada waktu senggang, carilah Suey di atas katil sambil terlelap.
Tiba-tiba aku terjaga dan aku rasakan badan aku berat. Aku tak boleh bernafas dan rasanya aku ditindih oleh sesuatu. Sesak nafas aku hanya tuhan yang tau. Kebetulan aku period waktu itu dan memang aku tak simpan yaasin bawah lay out blanket. Yang aku ingat, hati aku membaca ayat kursi dan semua ayat pelindung yang aku tau. Keesokan paginya, sewaktu bersiap hendak ke surau aku ceritakan pada Suey yang aku telah ditindih malam tadi. Rupa-rupanya Suey mengalami benda yang sama. Aku terkejut mendengar cerita Suey dan terus mengalihkan topic dengan mengatakan bahawa aku nak balik bercuti. Lepas debat mungkin, sebab aku nak selesaikan urusan Universiti. Tapi sebenarnya aku nak lari dari masalah. Nak tenangkan fikiran dan lupakan Syai yang dah lupakan aku…
Hari berlalu seperti seperti biasa. Semua pasukan bahas setiap kelas sibuk melakukan persiapan menjelang hari pertandingan esok hari. Tak kulupa, pasukan yang akan mewakili kem untuk bertanding sukan air peringkat zon utara juga giat bertarung dengan arus gelora bagi memantapkan persembahan. Mereka yang akan mewakili kem termasuklah Syai, Aida, K Own, Fath,Eka, Sue, Fiza, Azah, Adeq, Nadya, Siti Botak, Siti Hasmah, Fiza Alor Staq, Yan, Sue Seksi dan ramai lagi. Sebagai YB, aku iringkan doa buat semua yang mengambil bahagian agar kejayaan dapat dijulang oleh mereka. Amin..
Hari pertandingan: pagi tu aku betul-betul berdebar. Mengkin kerana sudah lama aku tinggalkan pentas dan pidato apatah lagi debat. Tapi aku tak tunjukkan rasa berdebar kerana aku taknak Imah dan Enia turut sama merasakan apa yang aku rasa. Aku adalah ketua pasukan, jadi aku harus menyokong mereka. Wai Yeee juga tidak ketinggalan memberi kata perangsang dan dia bertindak sebagai simpanan. Aku menghubungi emak, dan suruh dia berdoa untuk kejayaan pasukan aku. Selain itu, aku sempat berbincang dengan emak tentang aku nak balik bercuti. Emak juga memaklumkan bahawa Mak Lang dan famili Mak Su akan ke Langkawi untuk bercuti. Aku menjadi semakin tak sabar untuk pulang ke rumah. Selepas tamat perbualan aku melangkah ke gelanggang perdebatan dangan hati yang tenang. Pasukan pertama yang kami lawan tepat pada jam 9 pagi ialah pasukan dari kelas cikgu Ju’are yang terdiri dari Munet, Gajen dan Zulinda. Mereka bertindak sebagai pencadang. Secara keseluruhannya, perbahasan tersebut didominasi oleh pasukan aku. Dan aku dapat merasakan yang kami akan ke pusingan suku akhir. Kata Munet sebelum kami berlawan, dia ada hujah untuk menjadikan pasukan kami kelu berbicara. Sewaktu berbahas, aku amati betul-betul hujah-hujah pasukannya. Terdapat satu hujah yang menarik perhatian aku, kata Gajen sebagai pencadang kedua “ baru-baru ini sewaktu pilihanraya Kem PLKN Beringin Beach Resort, kami para pengundi telah sebulat suara memilih YB Parlimen Langkawi iaitu seorang perempuan. Kami berpendapat bahawa, beliau seorang yang berkaliber dan berkemampuan untuk menjadi YB yang baik. Dan terbukti beliau mampu mengejakan tugas dengan baik….”
Aku yang mendengar kenyataan tersebut terus tersenyum lebar kerana memikirkan bahawa aku adalah YB yang dimaksudkan. Gajen…Gajen… apa-apa pun pusingan pertama, kami dinobatkan sebagai pemenang dan kami akan ke suku akhir pada hari yang sama jam 11 pagi. Team kami hanya mengambil masa selama satu jam untuk melakukan persiapan pusingan suku akhir bagi tajuk ‘ Mampukah Kerajaan Menangani Masalah Sosial?” bertindak sebagai pencadang kami begitu menghargai masa rehat selama satu jam tersebut.
Pasukan yang menjadi pencabar kepada kami ialah team dari kelas cikgu Eja yang terdiri daripada Dr. Ketum, Bob da Cutey dan Litha da Spicy. Sewaktu berdebat, aku dapat lihat terpancar dari muka Imah dan Enia akan keyakinan mereka berbahas. Sebagai leader, aku begitu berbangga dengan mereka berdua. Suku akhir juga memperlihatkan kebolehan aku bercakap secara spontan sewaktu sesi penggulungan kerana aku tidak menyediakan teks khusus untuk penggulungan. Well done! Keputusan pun diumumkan. Pasukan Istana Seri Menanti layak ke pusingan separuh akhir!!!! Aku, Enia, Imah dan Wai Yee menjerit kegirangan kerana kami berjaya ke semi final. Yeeehaaa!!! Tapi selain mereka, dengan siapa hendak aku kongsi kegembiraan ini? Cikgu Atie? Dia telah bertukar ke Melaka dan sedang membuat persediaan utk majlis perkahwinannya. Ingatanku terus melayang mengingatkan Syai. Sempat aku menjeling ke arah tempat pasukan sukan air menjalani latihan. Kelibat Syai tidak kelihatan, sebaliknya Azah yang mencuri tumpuan.
“Tahniah Bella! Chayok..chayok…aku doakan kejayaan hang ke final !” Azah berkata sambil melambai padaku.
Aku membalas lambaian tangannya dan menjerit “ Thank U krn doakan kami!”
Aku berjalan kea rah Azah supaya kami dapat berbual dengan lebih dekat.
“ Azah, aku juga akan doakan kejayaan team sukan air kita khususnya hang. Bila nak pi Jitra?”
“ Jumaat ni..”
“Berapa hari?”
“Tidur sana semalam. Lepas habis bertanding kami balik r..” Azah menjawab.
Aku terus bersalam dengannya dan berpatah balik ke dewan makan untuk menikmati lunch. Sewaktu menunggu hidangan disajikan, aku berbual dengan Enia tentang pusingan separuh akhir yang akan kami tempuhi Ahad, 27 Mei nanti.
“ Bella, next time I akan buat betul-betul. I janji demi Cikgu Atie dan Istana Seri Menanti. Cikgu mesti seronokkan kalau kita menang.”
“hmm…kita tak boleh buang masa dah lepas ni. Hari ni kita rehat dulu. Esok, kita cari isi untuk semi-final.”
“Carilah isi untuk final sekali!” Imah tiba-tiba menyampuk sambil memegang bahu aku dan Enia. Enia kelihatan mengurut dadanya akibat terkejut dengan perbuatan Imah sebentar tadi manakala aku menampar belakang badan Imah. Dia mengerang kesakitan tapi selepas itu kami ketawa bersama-sama. Namun ketawa kami tidak panjang kerana
“ tahniah! Lepas ni team ampa lawan dengan kelas kami pulak!” kenyataan adik (Che Aminah) mematikan ketawa kami.
“Thanks…Kelas ampa? Siapa yang wakil?” aku bertanya dengan penuh minat.
“ Ayie, Ika dengan Mathey…” adik menjawab dan terus pergi dari kami bertiga.
Aku lihat Enia dan Imah terkejut dengan kenyataan adik sebentar tadi.
“Ika?? She’s good in debate…matilah kita!” Enia melahirkan rasa takutnya.
Manakala Imah, “ Ayie tu sapa? Yang mana satu?”
“relaks r…they are not good enough. We double triple good than them!” aku berkata dengan tujuan untuk mententeramkan hati dua orang sahabat yang memang aku sayangi dan hargai…
“Bella, kita kena buat betul-betul kali ni. We have give double effort and beat them.” Enia berkata dengan penuh tekad. Lantas aku terus berpaling ke arah Imah dan ku lihat dia biasa saja.
Sewaktu aku mengambil baris untuk ke surau, aku terserempak dengan Cikgu Fiza. Dia merupakan antara guru yang rapat denganku. dia juga menggantikan Cikgu Atie semenjak ketiadaannya. Kira, dia guru kelas kami jugakla…aku bertanya kepadanya.
“ Cikgu, boleh dak kalau kami nak mintak tolong cikgu?’
“ haa…apa dia?” Dia kehairanan.
“ kami layak ke separuh akhir untuk pertandingan perbahasan. Tajuk kami nanti ialah ‘wajarkah pengasingan kem pelatih wira dan wirawati’. Jadi, bertindak selaku pencadang, kami belum dapat dapat gambaran secara menyuluruh akan situasi ni. Jadi boleh dak kami dapatkan bantuan cikgu bila perlu…?” terangku.
“ Hmmm…sebenarnya JL tak boleh ambil bahagian. Maksud saya JL tak boleh tolong.” Cikgu Fiza menjawab.dia kelihatan serba salah.
“ Hmmm…kalau macam tu, takpalah cikgu. Kami cubala discuss nanti. Tq cikgu…” kataku sambil tersenyum.
“ macam ni la…apa-apa pun kamu bincang dulu ok?” kata cikgu Fiza lagi.
“ OK cikgu…” aku terus berlalu.
Pagi Jumaat, 25 hb Mei: hari ni hari jadi ayah aku. Aku menghantar mesej kepadanya dan mengucapkan selamat hari jadi. Selepas itu aku ke bilik rehat untuk berdiskusi dengan Imah dan Enia. Sewaktu di bilik rehat, baru aku sedari yang Wai Yee tidak menyertai kami seperti kebiasaannya. Aku bertanya kepada Enia tentang Wai Yee. Enia memberitahu aku bahawa dia mencurigai Wai Yee kerana dia ada terlihat Wai Yee dan Ika berbual mengenai something. Kata Enia lagi hubungan mereka semakin rapat. Sejak dari itu, Wai Yee sering memandangnya dengan muka jelak. Namun aku menyangkal doubting Enia dan menghalang dia memikirkan perkara bukan-bukan.
“ kenapa dengan u ni Bella. Kita kena berjaga-jaga dengan Wai Yee tu.” Enia berkata.
“ Enia, Wai Yee tu kan teammate kita! Teamwork kita kena ada. Barulah kita boleh berjaya.”
“Ok..Fine, I’ll show u later! Bella, Wai Yee tu bukannya suka sangat dekat kita. Don’t u remember that time when u got crisis with her during our first khidmat komuniti?”
“haa…yes I am…what’s wrong with that?”
“After we came back from Langkawi FM, Wai Yee and I kutuk U. Wai Yee cakap U cuba berlagak pandai. Dia hot la dengan U pasal lif tu…”
“ U pun kutuk I ke? How come?” aku bertanya dengan muka serius tapi aku tak bermaksud apa-apa pun.
“Yes…but now I know who u are! I’m so sorry Bella” Enia menjawab dengan muka serius jugak. Aku ketawa melihat muka Enia yang seakan-akan dibuat-buat. “I dah tak kesah pasal tu. Lantakla apa orang nak kata! As long as I know who I am!” aku serius kembali. Imah waktu tu hanya tersenyum melihat gelagat Enia. Aku yakin dia tak nak masuk campur akan hal ni.
menjadi kelaziman, Enia yang prihatin akan sentiasa bertanya mengenai hubungan aku dan Syai. Dan seperti selalunya jugak, aku sebak bila bercakap tentang Syai. Enia tak habis-habis suruh aku senyum kepada Syai dan cuba untuk berbual dengan dia. Dan aku tak pasti sudah berapa ribu kali aku kata pada Enia yang aku tak boleh terima apa Syai buat pada aku. Ada faham? Perbualan kami akan terhenti jika aku mula sebak dan menangis…Enia, tak kesian ke kat aku asyik menangis je? Plz..jangan mention pasal ni lagi!
Tiba waktu makan tengahari. Aku, Suey dan Enia berjalan sekali ke dewan makan manakala Imah berjalan di belakang kami bersama geng-geng Delta yang lain. sewaktu di dewan makan, aku duduk di penjuru meja di tengah-tengah antara Suey dan Enia. Secara kebetulan, aku terlihat Wai Yee sedang berbual rancak dengan Ika. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Enia pagi tadi. Aku merenung Wai Yee dengan lama hinggakan Enia menyedari akan perbuatanku. Satu ketika, pandangan Wai Yee dan aku bertaut. Dia lantas memperlahankan suara dan tanpa semena-mena Ika dan Ida memandang ke arahku. Mungkin betul apa kata Enia. Wai Yee is betraying her own team. Aku mula kurang senang dengan Wai Yee. Aku terus melontarkan soalan dan perasaan ku pada Enia. Kenapa semuanya serba tak kena? Aku dapat lihat Enia sebak apabila aku mempersoalkan semangat setiakawan yang ada dalam hati kami semua. Setahu aku, Enia juga ada krisis dgn kawan-kawannya. Tanpa disedari, air mataku mengalir juga apabila aku tersebut mengenai Syai. Dia antara mereka yang aku sayang dan aku harapkan. Tapi dia jugak macam orang lain. penat menangis aku hanya diam membatu di samping Enia membisu.
Petang itu kami teruskan dengan berbincang hujah-hujah untuk berbahas dengan pasukan Ika. Sewaktu take five, aku teringat akan Syai. Oh ya, dia dan ahli pasukannya yang lain telah ke Jitra. Mngkin telah sampai. Mereka ke sana untuk menyertai sukan air. Aku tiba-tiba teringat bahawa Syai pernah ucapkan semoga berjaya padaku untuk pertandingan debat nanti. Aku dengan pantas mencapai handphone dan menghantar mesej mengatakan aku mendoakan kejayaan dia. Selang beberapa minit kemudian aku mendapat mesej balas darinya. ‘ dear friend, have a smile that never fades, have a heart that never hates, have a friendship that never break’ . hatiku biasa saja. Tiada yang menarik. Lantas kami teruskan diskusi. Selang beberapa minit lagi, aku menerima satu lagi mesej. Aku terus membaca mesej yang dihantar oleh Syai jugak. Dalam keadaan kelam kabut aku membacanya. Antara yang aku baca ‘Bella, aku dengan Aida mintak maaf pada hang…….dan seterusnya’. Yang lain aku tak berapa ingat tapi di akhir ayatnya ialah ‘maafkan aku….’ Aku membalas mesejnya mengatakan bahawa sekali aku kenal dia, dia tetap kawan aku dan think positive. Selepas ‘iklan’ sebentar diskusi kami teuskan. Kali ini perbincangan kami tidak disertai Wai Yee. Aku juga menghubungi cikgu Atie yang berada di Jitra. Perbualan kami berlangsung agak lama. Tujuan aku membuat panggilan ialah untuk mendapatkan pandangan cikgu Atie mengenai kewajaran pengasingan kem pelatih wira-wirawati. Kata cikgu, banyak pro dan kontranya. Akhir sekali, kami berbual mengenai persiapannya untuk menjadi raja sehari 30 Mei ni. Aku mengucapkan tahniah padanya. Dia menjemputku ke kendurinya setelah aku mmberitahu cikgu bahawa aku akan bercuti dari 28-30 Mei nanti.
Pada malamnya, aku seperti biasa ke surau untuk berjemaah. Malam itu aku langsung tidak menyentuh buku pink kerana penat seharian aku, Imah dan Enia bertungkus lumus mencari bahan untuk menguatkan hujah kami. Sewaktu menunggu azan Isyak, aku terlentok di bahu Ummi. Sambil itu aku memerhatikan dia bemain handphoneku. Tanpa disangka-sangka aku terlena dan tidak sedar. Tidak lama kemudian aku dikejutkan oleh Ummi. Ku jeling jam tangan, baru 8.20. apa hal Ummi ni kejutkan aku pulak?
“ Bella, apa maksud Syai dia hantar mesej macam ni?” Ummi berkata sambil memperlihatkan handphoneku. Aku lantas merampas handphone dari tangan Ummi. “hang baca mesej aku Ummi? Ewah-ewah!!” aku berpura-pura marah. Ummi tersenyum sambil Tini dan Suzira merenungku. Aku melemparkan senyuman kearah mereka. Ummi sekali lagi mengulangi pertanyaannya. Apa lagi, aku pun membaca mesej yang dihantar Syai. Tiada yang pelik sehinggalah aku terbaca, ‘jangan bagi aku masalah lagi’. Rupa-rupanya aku tak habis baca mesej Syai. Aku sendiri kurang faham kenapa Syai hantar mesej begitu kepada aku. Aku terus menggelengkan kepala tanda tak faham kepada Ummi.
“apa maksud dia, jangan bagi dia masalah lagi. Selama ni ampa bagi dia masalah ka?” Ummi terus menyoalku.
“ntah, aku pun tak tau…mungkinla” aku menjawab.
“ampa tanya la Syai, betulke ampa bagi dia masalah. Kami rasa kalau ampa nak selesaikan masalah, ampa kena bincang bagi habis sampai tak dak satu pun yang ampa selindung. Kami dengan kawan baik kami tak pernah berahsia. Kalau ada something wrong kami cepat-cepat selesaikan.” Ummi berceloteh dengan panjang sampai aku mengantuk.
“habis tu kami nak buat apa?”
“ampa mesej la dia. Tanya dia apa masalah yang ampa dah bagi pada dia.”
“hmm…tengokla dulu. Ngantuk r!” aku menjawab sambil menguap. Tiba-tiba hinggap satu tamparan wanita di pahaku.
“ha..dahlah menguap pun tak tutup mulut. Pastu masalah dia tak nak selesaikan cepat-cepat. Percayalah cakap kami. Ni la peluang ampa nak bincang dengan dia. Lepas ni kalau dia dah balik kem, ampa takkan dapat peluang nak bincang macam ni lagi. Masing-masing kalau jumpa mesti diam. Bila masa nak selesai masalah?” sekali lagi Ummi berleter tapi kali ni serius. Aku tergelak melihat Ummi. Dia ni memang prihatin. Tiba-tiba aku teringatkan Syai. Sejak dari sekolah lagi, bila aku menguap Syai akan hulur-hulurkan tangannya seperti mahu menutup mulutku, lepas tu baru aku sedar yang aku menguap. Hehe…aku ni tak berubah. Takkan Ummi nak tutup mulut aku pulak kot. Aku ketawa kecil memandang Ummi yang menjelingku.
“Sori Mi, pasni aku akan tutup mulut bila menguap k!” aku berjanji sambil mengangkat tiga jari ke arahnya.
“habis tu, Syai macam mana?”
“cam mana apa?”
“apa maksud dia. Ampa bagi masalah pada dia ka?”
Aku membaca mesej tersebut sekali lagi. “Syai, apa maksud hang?” terdetik hatiku.
Aku pun menaip mesej yang berbunyi seakan-akan begini ‘ Syai, apa maksud hang. Jangan bagi masalah pada aku lagi…aku ni bagi masalah pada hang ka? Sori la kalau nyusahkan hang…’
Tidak berapa lama kemudian mesej aku dibalasnya. ‘tak Bella…tak… bukan hang yang bagi masalah pada aku. Aku tak nak bergaduh Bella…atok aku dah tak tinggal dengan mak aku lagi! Dia nak rebut harta arwah ayah aku. Kalau boleh aku nak balik secepat mungkin teman mak aku. Cukupla Bella. Jangan bagi aku masalah lagi…’
Selesa sahaja membaca mesej tersebut, Ummi dan aku saling berpandangan. Ummi terus berkata sambil menggaru kepala “Tengok tu, awat dia kata jangan bagi masalah lagi pada dia. Ish…tak fahamla ampa dua orang ni…”
Tangan aku pantas memberi mesej balas “ok fine! Pi la cerita masalah hang dekat orang yang tak bagi masalah pada hang. Jangan tambahkn prob aku lagi…akum”
Aku agak jauh hati dengan Syai. Aku bagi masalah pada Syai? Apa kes dia ni! Aku bukannya kacau dia pun. Kemudian namaku dipanggil ke urusetia melalui pembesar suara. Aku terus mengorak langkah ke urusetia. Rupa-rupanya Cik Ayu memanggilku untuk memberitahu bahawa cutiku telah diluluskan. Maknanya aku akan pulang bercuti pada 28-30 Mei ni. Yes!!! Boleh jumpa dengan Mak Lang! selang beberapa minit handphoneku berbunyi menandakan mesej baru masuk. Keypadku tekan untuk segera membaca mesej tersebut. ‘sampai hati hang Bella…aku ingat hang nak bagi kata perangsang pada aku. Sampai hati hang kata gitu. Aku tak sangka hang…’
Aku mencebikkan muka dan terus membalas mesejnya. ‘oklah..aku harap hang kuat, semoga Tuhan berada di pihak hang. Puas hati?’ –Sent-
Kuhantar mesej sekali lagi. Antara isi mesej aku ialah, bila aku ada masalah pernah ka hang bagi kata perangsang pada aku. Kenapa budak Kelantan tu pun nak mintak maaf jugak sedangkan yang ni kan antara kita. Hang tak pernah fikir ke sebab apa aku moody kalau bukan berpunca daripada hang jugak…’ kebanyakan yang aku hantar adalah susulan daripada kemarahan aku ke atas Syai yang mengatakan aku ni pembawa masalah baru sekarang nak kata aku bagi masalah pada dia. Kenapa tak kata aku ni problem maker waktu dia susah? Tak dapat dinafikan, aku begitu marah padanya. Aku tak suka orang masuk campur akan hal kami berdua. Kalau masuk campur boleh menjernihkan keadaan takpa jugak. Ni yang msuk campur pun batu api! Syai..Syai..carila orang yang membantu bukan membantut.
Selepas itu Syai tidak lagi membalas mesej aku. Marah barangkali. Atau merajuk. Lantakla..janji dia dapat fikir balik. Memang itupun tujuan aku menghantar mesej padanya. Supaya dia dapat menganalisis segala yang telah terjadi ni atas sebab apa dan waktu itu jugak aku harap dia mampu berfikir dengan matang.
Malam itu aku tak dapat tidur dengan lena. Rasa bersalah tiba-tiba menikam dadaku. Tak patut aku bunuh mood dia sedangkan esok adalah hari pertandingan. Tunggulah dia balik.
Esoknya, aku meneruskan perbincangan seperti biasa. Aku terlalu obsess untuk menang hinggakan tak keluar makan tengahari. Tapi aku menghabiskan dua bungkus maggi bersama-sama Imah. Enia? Dia hanya melihat kami makan kerana dia takkan menyentuh maggi selagi dia belum betul-betul kelaparan. Di samping itu aku juga telah menghantar mesej yang mengandungi kata-kata perangsang kepada Syaidatul. Aku harap dia faham perasaan aku ketika itu. Diskusi petang itu juga tidak disertai Wai Yee. Aku sendiri malas nak mengajaknya menyertai kami. Aku betul-betul takut sekiranya segala hujah-hujah kami akan diketahui oleh Ika. Mungkinkah Wai Yee pengintip Ika? Wai Yee gunting dalam lipatan? Aku tak pasti tapi Wai Yee ada jawapannya. Aku juga ada meminta bantuan emak dan cikgu Atie sekali lagi melalui mesej. Mesej aku dibalas ole kedua-dua orang yang aku sayangi tu… Petang itu juga akan menyaksikan kepulangan wira-wirawati yang menyertai sukan air. Lebih kurang jam lima kami menamatkan diskusi kerana pada malamnya pula kami akan berlatih berbahas . Hish…penat betul! Tapi takpa, sebab kami akan menentang pasukan yang diketuai batu api @ belang. Apa sahaja boleh berlaku kerana kami adalah seteru. Imah dan Enia juga kurang menyenangi Ika. Mereka ada alasan tersendiri. Tak perlulah aku huraikan di sini kerana bukan Ika yang menjadi keutamaan dan minatku untuk bercerita tetapi hubungan aku dan Syai.
Aku pulang ke dorm selepas berdiskusi. Bukan untuk berehat tetapi untuk mengambil pakaian kelasku untuk diiron menggunakan iron dorm Imah. Kenapa tak iron di dorm sendiri? Kerana iron yang digunakan oleh seluruh penghuni dorm B adalah iron kepunyaan syai. Jadi aku taknak terhutang budi pada dia. Cukupla dia berbudi pada aku selama ni! Selepas siap semua urusan, aku singgah di dorm E untuk berbual dengan Ummi, Tini, Suzira dan Min seperti kebiasaannya. Di situ baru aku tahu bahawa team sukan air telah pulang. Aku lihat Sue dan Eka terbongkang di atas katil keletihan. Kesian budak dua orang tu. Aku merapati katil Sue dan dia terus memandangku. Aku cuba untuk senyum dan “ macam mana keputusan?” aku memecahkan kebuntuan. “hehe..kalah semua. Beringin tempat ke tujuh dari tujuh kem” Sue menjawab sambil tersenyum manja. Aku turut ketawa. “macam mana boleh kalah?” aku menyoal lagi. “Tanya Eka..” Sue jawab sambil memandang Eka. Eka kulihat tidak bermaya tapi dia merenungku. Aku bergerak ke katilnya. Kupegang dahinya. Panas. “ demam ke Eka? Kesian kat hang..” aku melahirkan rasa simpati melihatnya. Dia tersenyum dan menjawab “taklah, Cuma panas sikit.” Aku terus merenungnya. Simpati. Tak sanggup pulak aku nak Tanya soalan pada waktu tu. Dia nampak betu-betul lesu. Namun di birai katilnya aku berbual dengan Ummi dan Suzira. Manakala Min dan Tini sedang buat kerja masing-masing. Ummi memulakan perbualan “ Macam mana cerita ampa dengan Syai malam tadi?”
“Ampa la ajar kami bukan-bukan…no hal la..besa ja” aku tersengih. Tiba-tiba Eka bertanya “ ha…Bella…hantar mesej kat Syai ke malam tadi?”
Aku terkejut dengan pertanyaannya. Setahu aku, hanya Ummi, Tini, Suzira saja yang tau pasal hal ni. Eh! Lupa pulak! Kan Eka ke Jitra dengan Syai sekali untuk sukan air. Depakan satu team! Tapi macam mana Eka boleh tau yang aku hantar mesej pada Syai? Aku bertanya kepada Eka.
Eka jawab “ Syai baca dengan kuat apa yang Bella hantar kat dia. Kebetulan kami ada kat situ. Jadi kami dengarla. Macam tak puas hati je..gaduh ke?”
“ramai ke orang dengar?”
“ramai la jugak…Aida, Fath, K-Own, Yan dengan dua tiga orang lagi. Depa kata Bella yang patut berubah. Bukan Syai. Tapi depa semua especially Syai dengan Fath nampak tak puas hati sket.” Eka memberi penerangan. Hatiku tiba-tiba kecewa dengan tindakan Syai yang berpuak-puak untuk mengata belakang aku. Aku sebagai kawan pun tak sanggup nak cerita hal-hal kawan baik aku termasuklah dia. Aku jadi buntu pada waktu tu. Aku hanya diam dan membisu. Ummi dan Suzira merapati aku. “Apa ampa nak buat sekarang ni?” Ummi bertanya. Aku hanya diam. Kemudian Suzira pula bersuara, “ kami rasa better ampa jumpa dia dan bincang benda ni. Takkan ampa nak diam? Nanti dia dengan budak2 satu dorm salah faham pulak”
“aku tak kesah dengan budak2 satu dorm. Lantak depa la nak kata apa pun…” aku menjawab. Kemudian Eka menyambung “ Bella kena bincang cara elok dengan Syai. Selesaikan cepat sebelum berlarutan”
Aku juga sebenarnya sudah lama menyimpan hati untuk slowtalk dengan Syai. Aku nak sangat tau kenapa dia buat aku macam ni.
“ok…kami akan facing dia. Sekarang ok tak?” aku mula bersuara kembali selepas lama membisu.
“sekarang janganla…mungkin dia penat. Kan dia baru balik…” Ummi dan Suzira mengatakan benda yang sama dan hamper serentak. Namun, hatiku mula gelisah. Aku nak jumpa dia sekarang jugak! No matter what!
“Zira, pinjam fon! Nak call Syai. Nak ajak dia jumpa.” Kataku nekad. Suzira seperti disuruh menyerahkan handphonenya. Kemudian aku menyerahkan handfonku kpd Suzira. “call la sapa pun ampa nak call..” aku terus berlalu keluar selepas mengizinkan Suzira menggunakan fonku. Mereka bertiga kelihatan terpinga-pinga. Tujuan aku berbuat begitu ialah untuk memastikan Syai menjawab panggilan telefon daripadaku. Jika aku menghubunginya menggunakan nombor fonku, dia mungkin takkan jawab. Fikirku.
“assalam…”
“Syai, aku ni Bella. Aku nak jumpa hang sekarang kat belakang dorm G.”
“Sekarang? Nak buat apa?”
“nak semuka dengan hang..”
“aku dok kemas baju ni..”
“aku tunggu hang sekarang kat belakang dorm G…” talian ku matikan. Aku sebenarnya berada di belakang dorm E. niatku untuk berjalan bersama-sama Syai ke belakang dorm G.
Lama kutunggu, bayang yang dinanti tak kunjung tiba…hinggalah,
“Bella!!”
Aku menoleh belakang. Imah!!apa hal plak ni. Aku melambai padanya.
“Bella, aku nak beli maggi hang, lapar r..tak tahan ni…” kata Imah sambil menunjukkan perutnya.
“pi la ambik kat dorm. Bawah katil dalam beg biru roda” Aku memberinya keizinan untuk mengambil maggiku.
“ ni duit ni?? Berapa ringgit?” Imah mengangkat tangannya menunjukkan yang dia mahu membayar duitku.
“ tak payahla..halal…” aku menolak untuk menerima duitnya. Kesian Imah..berlatih debat sampai lapar. Aku tersenyum melihat gelagat Imah dari jauh.
Tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak. Ku jeling jam tangan. Dah pukul 6.20.
Tiba-tiba…
“Bella!!!”
Aku menoleh belakang sekali lagi. Imah lagi!
“ Thank you Bella!” dia menjulang maggi dari jauh.
Aku mengangguk tapi aku tak pasti sama ada dia perasan atau tidak karana berada dalam posisi yang jauh.
Aku yang hilang sabar menunggu Syai, terus menghubunginya sekali lagi. Kali ini menggunakan handfonku sendiri.
“Hello!” Syai menjawab.
“kenapa tak datang lagi” aku bertanya.
“ Kenapa nak jumpa kat dalam dorm G pulak.”
“ sapa kata dalam dorm G, aku cakap dekat belakang dorm G…”
“ kenapa hantar Imah intip aku??” Syai bertanya dalam nada serius atau marah aku tak pasti. Aku hantar Imah intip dia? What for??
“ Bila aku anta Imah intip hang?”
“kenapa dia masuk dorm kita tadi. Hang anta dia intip aku kan?” Syai bertanya sekali lagi.
Ooo..dia dah salah faham! Maka aku pun menceritakan pada dia…
“ Dia p dorm kita sebab nak ambil maggi. Hari ni aku tak makan kat dewan makan. Aku makan maggi depan dia tadi waktu latihan debat. Lepastu baru tadi dia jumpa aku. Kata dia nak beli maggi aku. Aku suruh dia ambik kat dorm kita sebab aku ada hal. Bukannya aku suruh dia pi intip hang! Nak buat apa??” aku menjawab kasar.
“ awat?! Tak boleh jumpa dekat dorm B?”
“boleh, tapi belakang dorm b. sekarang!” aku mematikan talian dan terus bergerak ke dorm B.
Kali ni penantianku tak lama. Selang beberapa minit dia pun muncul. Aku memandangnya. Masing-masing serius. Dia mulakan bicara.
“ haa.. nak cakap apa? Cakapla!” kasar bunyinya. Aku sedikit tersentak.
“ apa yang jadi sebenarnya?” aku bertanya.
“ aku tak tau Bella. Tapi yang aku tau, satu dorm ni tak puashati dengan hang! Aku rasa better hang jumpa satu dorm, bukannya aku sorang!” Syai menengking.
“ aku peduli apa dengan budak-budak satu dorm kita? Aku kenal depa tak sampai tiga bulan. Lepas ni pun tak tentu lagi aku jumpa depa atau tak. Depa tak puas hati dengan aku, aku tak kesah dan tak mau ambik tau sebab aku tau aku sapa!! Tapi apa yang hang tak puashati dengan aku? Tu yang aku nak tau sangat! Peduli apa dengan budak dorm kita!!” kesabaranku mula hilang.
“ hang moody sangat! Lepas tu kenapa hang ungkit balik. Hang kata tiga kali hang baca yaasin untuk bapa aku lepas dia meninggal. Aku tak mintak pun hang baca yaasin untuk ayah aku! Dalam surat hang, banyak hang perli aku! Kenapa?!!!” Syai juga kelihatan hilang sabar.
Aku kembali tenang.
“ aku nak hang tau…kawan-kawan macam tu ka yang hang cari..happy waktu hang susah. Tiba-tiba bila ada crisis antara kita, depa sibuk2 pula nak ambil berat pasal hang. Hang tak rasa sumtin ka? Hang tak rasa ka, kawan-kawan yang hang kenal tak sampai tiga bulan tu banyak pengaruh hang?” aku menjawab sambil merenung Syai.
“ kenapa hang tak sembahyang di dorm kita? Kenapa hang nak sembahyang di dorm orang lain? depa mesti tanyakan kenapa hang tak sembahyang di dorm kita?!!”
“ sebab aku tak nak sembahyang guna sejadah hang…we got crisis dan cukupla hang berbudi pada aku.”
“Tapi hang boleh sembahyang atas tikar getah tu kan??”
“ Kotor. Banyak pasir. Dan sekurang-kurangnya aku sembahyang. Bab sembahyang aku, aku rasala…hang tak payah masuk campur…” aku membalas kembali.
“ Bila hang sembahyang kat dorm D, dorm Azah. Depa mesti ingat ada apa-apa yang berlaku antara kitakan. Hang tau tak, Azah, Yasmin dengan ramai lagi orang tengok semacam dekat aku sejak kita ada krisis ni!! Hang mesti cerita pasal aku dekat depakan??” kata-kata Syai mencabar aku.
“ Fine!! Aku nak hang panggil depa yang pandang semacam dekat hang tu la ni.. hang Tanya depa apa yang aku cerita pasal hang!! Go and ask them sekarang. Apa yang aku sebut pasal hang depan depa??? Hanya Azah yang tau hang moved away dari aku even hang tu kawan baik aku. Tapi Azah tak percaya cakap aku sebab dia kata dia kenal hang. Aku sendiri tak percaya yang hang boleh buat aku macam ni Syai!! hang pun apa kurang… ada orang yang p sukan air bagitau aku yang hang baca mesej yg aku hantar malam tadi kuat-kuat. Apa motif hang kalau bukan nak memburukkan aku depan kawan-kawan yang hang kenal tak sampai tiga bulan tu?” aku mula marah bila terkenangkan apa yang berlaku malam tadi.
“ Sebab depa pun tak puas hati dengan hang!!!”
“sebab tu la hang grouping dengan depa kutuk aku?? Syai, aku sendiri tak sampai hati nak kata yang bukan-bukan pasal hang. Tapi kalau nak diikutkan, aku boleh kata lebih teruk mengenai hang dengan budak-budak dorm lain termasuklah budak lelaki dan JL sebab aku ada pengaruh. Tapi hang tu sapa? Bukannya penting sangat pun sampai nak mengata belakang hang. Ntah ada antara depa yang tak kenal hang! Kalau pasal budak satu dorm ni tak suka aku, tak puas hati dengan aku, aku peduli apa! Aku tau aku sapa. Ramai lagi orang yang OK dengan aku drpd bdak-budak dorm kita!!!” aku mula meninggikan suara. Lantas aku menyambung kembali, “ aku pun dah tak guna iron hang…thanks a lot sbb bagi aku pakai iron hang dulu…thanks…”
Diam…
“ Bella, lepas kita jumpa Mardiana, hang terus moody. Malam tu kat surau, aku Tanya hang, nak aku pegangkan handphone dengan spect hang dak. Hang kata, tak payah! Selalunya hang suruh aku tolong pegangkan. Esok pagi tu, hang bangun, hang pi mandi tanpa kejutkan aku. Sedangkan selalunya hang akan kejutkan aku. Hari tu hang langsung tak cakap dengan aku. Hang moody sangat. Aku dah cakap pada hang, yang aku tak suka hang moody, aku takut tengok hang!” Syai mula tenang.

Aku menjawab,
“ kenapa enam tahun dulu hang tak bangkitkan soal aku moody? Kenapa baru sekarang? Sebab aku dulu dan sekarang sama saja…hang tak fikir ka kenapa aku moody. Hang tak rasa hang antara punca aku moody. Hang pernah nangis sebab hang tak dak kawan, especially waktu aku rapat dengan Nadwa. Tapi bila aku realise, hang la kawan aku, dan aku tak patut buat hang rasa tersisih. Tapi pernah dak hang fikir yang hang sisihkan aku bila hang dengan Aida. Bukan aku saja yang terasa tp Adilla pun sama, dia pernah menangis pada aku sebab dia rasa diabaikan. Kenapa baru sekarang hang nak cakap aku moody??”
“ Bella, hang bawak surat tawaran UiTM sampai ke sini, overla..K-own pun dapat UiTM tapi takdakla sampai bawak surat tawaran. Lepas tu baca hamper setiap malam. Keterlaluanla…nampak sangat hang bangga! Overla…” Syai terus menyatakan ketidakpuasan hatinya.
Aku tersentak.
“ memang la aku seronok. Tapi setahu aku, aku tak la jaja surat aku ke katil orang. Aku baca di katil aku sendiri. Dan aku ada hak nak buat apapun kat katil aku. Bukannya aku pi baca surat tawaran tu kat katil Bariah atau hang. Malah, aku tengok, kawan-kawan yang mai ke katil aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh pi kat depa!! Dah mai katil aku, kenala terima apa yang aku buat! Aku tak sangka hang pun rasa macam tu…kan hang kawan baik aku. Dan rasanya sebagai kawan baik, hang patut tegur perbuatan aku waktu tu ataupun backing aku, bukannya turut sama mengumpat aku. Thanks a lot la wei..sebab jadi kawan yang baik. Lagi satu, demi Allah Syai, aku tak pernah cakap hang tak layak masuk U…tak pernah Syai….” aku mula sebak bila terkenangkan ada orang yang mereka cerita untuk mengeruhkan lagi keadaan
Aku menyambung lagi
“ Syai…
“ Hang dengar cakap orang yang tak suka aku. Depa akan cakap apa saja wei mengenai aku. Aku tak sangka ada orang yang sanggup buat cerita sampai macam tu sekali. Hang percaya ka?”
Ku lihat Syai menggeleng
Aku menambah lagi, “ siapa yang cakap tu? Boleh aku tau…”
“ hang nak buat apa dekat dia?”
“aku saja nak tau…”
“Iswani..”
Aku terkejut mendengar nama Iswani. Dia kan kawan kami, sanggup dia buat cerita macam ni! Tapi tak mengapa. Aku akn mintak penjelasan Iswani nanti. Dia saja cari pasal…
“ sapa yang cakap dekat hang yang aku cakap dorm kita banyak syaitan? And that’s the reason why aku tak sembahyang di dorm kita… sewaras aku, apa yang aku tau, aku tak pernah cakap dorm kita macam tu..” aku menyambung kembali lepas diam sejenak. Aku sendiri hairan macam mana boleh keluar stupid statement macam tu. Baik buruk dorm B, dorm aku jugak apatah lagi aku ketua dorm. Jujurnya, aku tak pernah rasa dihormati bila sembahyang. Kadangkala, bila aku bersolat, aku dengar gelak tawa dan nyanyian sumbang. Bukankah waktu tu ada seorang hamba Allah menghadap penciptanya? Takkan tu pun nak kena tegur. Tu yang aku tak faham sampai sekarang. Tapi ku pendamkan saja sbb kami masing-masing dah besar. Ada otak, guna…
Sewaktu kami behadapan, terdapat beberapa cikgu yang menyedari perbualan kami.ada jugak yang bertanya “kenapa ni?” tapi aku malas nak jawab. Mereka separti sedia maklum bahawa kami sedang menghadapi masalah. Antara cikgu tersebut ialahCikgu Noni dan Cikgu Ina. Aku tinggalkan soal ni. Kemudian aku berkongsi dengan Syai akan perasaan aku.
“ Syai, aku sungguh tak sangka…u moved away from me when I was needing u…sedangkan hang tau aku dah anggap hang sebagai kawan baik aku…
“ aku sayangkan hang macam aku sayang famili aku, Intan, Hana dan Nadia (termasuk Sofiah- waktu ni aku lupa mention nama Sofiah). Depa bertiga kawan baik aku. Aku ada empat orang kawan baik termasuk hang…tapi kenapa hang sanggup buat aku macam ni??...” aku mula sebak dan tanpaku pinta, air mataku mengalir juga.
“ Syai, aku mintak maaf atas segala kesalahan aku pada hang. Aku tau kadangkala aku biarkan emosi mengawal aku. Sumtime I was moody. Tapi, benda tu undercontrol…” aku menahan sebak.
“ Dan..waktu tu la aku perlukan hang…untuk tenangkan aku. Siapa lagi yang boleh jadi comforter aku kalau bukan kawan baik aku sendiri? Syai, petang tu aku memang takdak mood. Aku sendiri tak tau kenapa mood aku mati…
“ Syai, kalaulah disebabkan aku tak bagi hang hold handphone dan spect aku tu hang cakap aku overmoody, aku tak expect pun benda tu. Hang patut bersyukur sebab aku tak nyusahkan hang waktu tu…so sorry Syai….” aku mengesat air mata.
Aku dapat lihat Syai sebak…
“ Beb, takkanla disebabkan satu petang, satu kali aku tak suruh hang jaga handfon dan spect aku, satu pagi aku tak kejutkan hang bangun pagi, hang putuskan persahabatan kita? Senangnya hang…aku tak boleh terima apa yang hang buat ni. Hina sangat ka aku ni Syai? teruk sangat ka aku ni?
“ kita kenal selama enam tahun. Banyak masa kita habiskan bersama. Banyak kenangan yang kita lalui…tapi disebabkan sikit punya hal hang buat kita jauh…
“ petang hang pindah locker, adalah petang aku cuba menjernihkan keadaan. Tapi its getting worse rupanya…
“ takpala Syai, kalau ni pilihan hang, kehendak hati hang, aku tak paksa. Kita ada pluang untuk berbaik, tapi hang yang buat kita jauh. Bila jadi macam ni, aku mula terfikir, betapa baiknya Hana pada aku. Waktu form 3, kami tak bertegur sapa selama hamper setahun, tapi dia tak pernah jauh dr aku…tetap di sebelah aku walaupun terang-terangan aku ada new friends..hang dah buat aku fikir sedalam-dalamnya. Lepas ni aku akan bagitau Hana yang aku begitu menghargai dia. Aku takkan lepaskan depa…kami kawan baik dan tetap berkawan baik.
“ Kalaulah kita tak bertegur sapa selama setahun, ntah-ntah hang dah pindah dorm. Hang kawan baik aku, dan bila hang jauhkan diri dari aku, orang akan kata yang kawan baik dia pun moved away dari dia…apatah lagi orang-orang lain. aku mintak maaf atas segala kesalahan aku selama kita berkawan. Maafkan aku.
“ terima kasih atas semua jasa baik hang pada aku selama enam taun ni. Thanks sebab doakan kejayaan aku dalam debat. Aku akan ke semi-final menentang team Ika esok pagi Aku takkan lupa. Terima kasih atas apa yang hang dah buat…terima kasih…” aku bingkas bangun dan berjalan tanpa arah tuju. Baru ku sedar yang aku tidak mengambil baris untuk ke surau. Tapi semua tu aku dah tak peduli lagi. Aku juga tak sedar ke mana aku melangkah. Dan sewaktu kaki aku begitu laju melangkah secara tak sengaja aku terserempak dengan Fiza yang waktu tu hendak ke tandas.
“ Bella, apa kena dengan hang ni?” Fiza bertanya sambil menarik baju aku dan menyuruh aku berhenti berjalan. Aku hanya menggeleng sambil mengesat air mata.” Bella, cuba hang cerita pada aku. Hang ada masalahkan? Kita duduk dulu…jangan macam ni, hang YB…” Fiza menarik tanganku dan berjalan ke dorm D.

Di hadapan dorm D, Fiza cuba memujuk aku…
“Fiza, aku tak tahan. Aku nak balik Fiza. Seriously aku cakap, aku tak kesah kalau semua orang tak suka aku, tapi aku tak boleh terima kalau orang yang ku anggap kawan baik buat aku macam ni..aku tak tahan Fiza…” kataku tersekat-sekat menahan sendu.
“ Siapa kawan baik hang? Syai?? mesti Syai kan…dia buat apa dekat hang?” Fiza melanjutkan bicara..
Aku serba salah untuk menceritakan hal yang sebenar..aku tak nak dia pandang serong pada Syai…aku membisu tapi air mataku terus mengalir.
“Bella, kalau hang nak tenangkan fikiran, hang kena luah semuanya. Bukannya pendam perasaan macm ni. Even kita tak rapat sangat, tapi percayalah, aku boleh jadi pendengar yang baik dan aktif! Macam yang kita belajar dalam kelas CB tue!!!” kata Fiza sambil tersenyum.
“ aku sayangkan dia..aku dah anggap dia macam famili aku sendiri. Au tak nafikan bahawa dia adalah kekuatan aku kat sini. Dialah comforter aku. Masalah pun aku kongsi dengan dia. Tak dak sapa lagi selain dia kat sini. Kitakan tak duduk dengan famili…dank at sini, dia yang paling lama kenal aku selain Iswani dan Azah…kami sekolah sekali. Kelas yang sama dan duduk pulak sebelah menyebelah. Since sekolah lagi, tapi bila aku ada masalah dengan budak-budak dorm, Syai join depa. Dia pindah dari katil sebelah aku ke tempat lain….” jelasku.
“macam mana dengan budak-budak dorm hang?” Fiza bertanya.
“Aku tak kesah dah dengan depa sekarang ni, sebab kami kenal tak lama…tapi depa dah judge aku macam ni macam tu. Kecewa la jugak. Tapi ni kehendak depa…malas aku nak fikir pasal depa. Aku pun tak pernah cari gaduh dengan depa…kecuali dengan budak dua orang tu.. Tapi aku betul-betul tak boleh terima Syai buat aku macam ni…she’s my bestfriend…dia pilih orang yang dia kenal selama tiga bulan dari aku yang dia kenal around six years…”
“ Aku rasakan Bella, mungkin budak dua orang tu dah hasut budak2 dorm hang…depa kan kureng dengan hang! Kira macam batu api la..”
“aku pun rasa macam tu jugak, sebab aku pernah nampak dan suspek dia cerita pasal aku dekat budak dorm aku…tapi lantaklah…depa tu pun bukannya semua orang suka…Infact ramai ajak aku join geng-geng yang anti menah belang tu. Cuma aku ja tak mau..” aku bercakap dengan tenang. Stahu aku, Fiza jugak kurang menyenangi Ika terutamanya. Aku pernah dengar yang Fiza dan sekutunya kata Ika tu perasan cantik. Memangla muka lawa tapi tangan dengan muka berbelang. Hehe…
“senang ceritakan Bella, hang lupa Syai tu. Memangla dia kawan baik hang. Tapi kalau aku, kawan baik aku buat aku macam ni, aku akan tunjuk kat dia yang aku dah tak perlukan dia. Macam dia tu penting sangat…find somebody else…tapi hang jangan pendam rasa hang. Aku pun sebenarnya malas nak ada kawan baik ni...sorang ja besfren aku. Tu pun duduk jauh. Alaa…lupakan Syai tu, kalau dia buat hang macam ni, hang jangan down, hang kena ingat hang ada pengaruh kat sini. Ramai lagi yang suka hang, kalau dak macam mana hang boleh menang pilihanraya kalau bukan sebab pengaruh hang. Aku tengok, cikgu-cikgu pun baik dengann hang. Tak gitu?” Fiza berceloteh panjang. Malam itu, kami bertukar-tukar cerita. Fiza juga mencritakan masalahnya pada aku. Aku dn Fiza tak lah rapat dan aku jugak tak jangka yang kami boleh berbual pada malam ni…serious talk plak tu…thanks Fiza!!

Dalam pukul 8.30, baru aku bergerak ke surau. Sebelum itu, aku pulang ke dorm utuk menyalin baju. Aku masuk ke dalam dorm tanpa rasa apa-apa. Aku capai baju t-shirt merah kegemaranku dan tukar apa-apa yang patut. Aku terus bergerak ke surau sendirian. Walaupun ramai yang berlegar di padang kawat, dan ada antara mereka yang menyapaku, aku membalas dengan senyum tawar dan pandangan kosong. Aku rasa aku kelihatan seperti orang bodoh saat tu. Segala mood dan semuanya hilang waktu tu…sedar-sedar aku dah sampai di surau. Ramai kawan-kawan yang Tanya kenapa aku tak ambil baris petang tu dan kata mereka lagi, Cikgu Prem Tanya pasal diriku. Aku menggeleng dan menjawab sakit perut. aku menipu. Biarlah…sekali-sekala. Mereka mengangguk dan terus berlalu. Aku hanya termenung di dalam surau. Tiba-tiba bahuku terasa disentuh. Aku tersedar dari lamunan.
“ Bella, ampa ok ka?” Ummi bertanya.
“Bella kenapa ni? Cuba cerita kat kami” Min pula menyoalku.
Aku menggeleng. Aku tak nak diganggu waktu tu. Waktu tu, Suzira dan Tini juga bersama kami. Aku hanya merenung seorang demi seorang rakan-rakan baru ku itu. mereka sungguh baik terhadapku. Aku begitu menyenangi mereka terutama Ummi kerana dia begitu mengambil berat akn diriku dan kami berkongsi semua masalah. Boleh dikatakan bahawa Ummi menggantikan tempat Syai, tapi Ummi tak boleh menggantikan Syai. Air mataku terus mengalir. Atas sebab apa aku sendiri tak pasti. Tapi aku benar-benar kecewa dengan Syai. senangnya dia dengar cakap orang yang dia kenal tak sampai tiga bulan .kecewanya aku dengan Syai. mungkin inilah balasannya, apabila terlalu mengharap dengan seseorang. Bila jadi macam ni, frust tak sudah. Aku akui, betapa aku mementingkan persahabatan. Apatah lagi dengan orang yang memahami diriku. Ummi, Min, Suzira dan Tini terus memujukku sehinggalah azan Isyak berkumandang. Mereka berempat menunaikan solat sambil aku terus melayan perasaan. Aku tidak bersembahyang kerana kedatangan haid. aku mula bertekad untuk melupakan Syai. kalau dia boleh buat aku macam tu, kenapa aku tak boleh? Fine, no more Syai!
Usai sembahyang Isyak, ada seorang wirawati berjumpa denganku. Aku tak ingat siapa. Dia megatakan padaku bahawa cikgu Fizah ingin berjumpa denganku. cikgu mengarah aku ke dormnya. Katanya penting. Maka aku dan Syuhada seiringan pulang ke dorm. Kami hanya dikehendaki berkumpul semula di dewan makan pada jam 10.15. Itupun untuk penyerahan handfon dan pembacaan perintah harian akan pengawal-pengawal bertugas pada malam itu. Sewaktu berjalan pulang, aku terserempak dengan Cikgu Prem. Aku melemparkan senyuman padanya. Dia memandangku dan berkata
“ Ha!! Kenapa u tak ambil baris pi surau tadi? Semua berterabur u takdak!...”
Aku tersengih..
“ saya sakit perut cikgu. Tak bleh tahan. Sori cikgu…” aku berkata sambil membuat muka simpati. Aku berbohong lagi...
“ takpa-takpa…tapi u takda, saya teruk ooo…budak-budak habis berterabur…” kata Cikgu Prem.
“ Sori r cikgu…lusa ni saya balik rumah. Cuti tiga hari. Jd saya tak bolehlah ambik baris.”
“ balik? Kenapa?” cikgu Prem kehairanan. Aku pun memberitahunya bahawa aku pulang untuk menyelesaikan urusan Universiti. Dia juga ada bertanya akan jurusan yang aku ambil. Selain itu, dia jugk bercerita tentang seorang bekas pelatih PLKN yang berjaya ke India untuk melanjutkan palajaran dalam bidang perubatan. Sepanjang dia bercerita, aku hanya mengangguk dan kadangkala tersenyum tanda aku mendengar. Perbualan kami diakhiri dengan Cikgu Prem mengucapkan tahniah kepadaku. katanya kagi, jika dia perlukan khidmat seorang peguam, maka dia mencari aku. Aku hanya tersenyum.
Sambil kami berjalan pulang, aku dan Syuhadah@Suey berbual-bual. Sampai saja di pagar dorm aku berkeputusan untuk tidak pulang ke dorm B.
“ Suey, aku nak jumpa cikgu Fizah, pastu aku lepak kat dorm E. Hang balik r dulu.” Kataku pada Suey. Dia hanya mengangguk.
Kakiku laju menuju ke dorm G. mulanya aku nak ajak Imah menemaniku kerna ku fikir mungkin cikgu nak bincang mengenai debat.
“ Imah, jom pi bilik sebelah…cikgu Fizah nak jumpa kita.” Kataku sebaik saja melihat Imah.
“ Nak jumpa kita? Nak buat apa?” Tanya Imah kehairanan.
“ mungkin nak bincang pasal debat kot…” aku menjawab. Kurang pasti.
“ hari tu kata JL tak boleh bantu. Esok pagi kita nak lawan baru nak bincang?” kat Imah. Aku dapat lihat ketidakpuasan hatinya.
“ ntahlaaa…jom r!” aku terus menarik tangannya.
Pintu bilik cikgu ku ketuk sambil memberi salam. Tak lama kemudian, pintu pun dibuka.
“ ha!” kata cikgu Fizah memerhatikan kami berdua. Imah dan aku hanya tersengih macam kerang busuk.
“ ada apa cikgu nak jumpa kami?” kataku memulakan bicara sambil tersenyum.
Cikgu turut tersenyum. Dia masuk ke dalam untuk mengambil sesuatu.
“ cari makanan ke cikgu? Macam tau2 ja saya lapar…” kata imah sambil menunjukkan perutnya.
“ kamu ni tak pernah tak lapar…” kat cikgu Kia, teman sebilik cikgu Fizah merangkap JL kompeni Bravo, kompeniku. Cikgu Kia menghulurkan tiga cucuk sate kepada kami berdua. Imah menyambutnya, tetapi aku menolak. Aku tak berselera menjamah apa-apa pun.
Sesampai sahaja di muka pintu, cikgu menyerahkan beberapa keping kertas. Aku pun membelek kertas tersebut. Semuanya berkisar tentang bantahan terhadap pengasingan kem pelatih wira dan wirawati. Aku kehairanan. Hatiku berkata, kenapa cikgu bagi bantahan pada kami, sedangkan kami kena menyokong pengasingan kem. Akhirnya, persoalan yang terbuku di dalam hati aku luahkan juga. Cikgu Fizah rupanya telah tersalah faham. Namun, cikgu Fizah suruh kami mencari beberapa hujah yang boleh digunapakai berdasarkan kertas yang diberinya tadi. Apa-apa pun, kami mengucapkan terima kasih pada cikgu kerana bersusah-payah untuk kami.sebelum beredar cikgu sempat bertanya kepada kami, akan keyakinan kami untuk menang pada esok hari. Ku katakan padanya bahawa kami akan ke final. Dan malam final adalah malam kami! Betapa waktu itu semangat aku dan Imah berkobar-kobar. Cikgu hanya berpesan supaya tidak terlalu yakin…kami hanya tersengih…manakala cikgu Kia, mengusik kami, sekiranya kami menang, hamper ‘johan’ harus dibahagi dua. Antara team kami dengan cikgu Fizah dan cikgu Kia. No problem cikgu!!
Selepas itu, aku terus melangkah ke dorm E. tiba-tiba aku terserempak dengan Min, Ummi, Tini dan Suzira. Mereka ku lihat seperti rushing. Aku menyertai mereka. Aku hairan sebenarnya melihat mereka berempat terutamanya Yasmin begitu kelam kabut. Bila ku soal, Ummi hanya menggeleng. Jadi, aku malas nak masuk campur. Min mengetuk pintu bilik cikgu Zura. Namun, tidak dijawab. Mereka ke bilik cikgu Amnah. masih tiada respon. Lalu, Min ke bilik cikgu Adek Bongsu. Pintu bilik dibuka oleh cikgu Ina itupun selepas di ketuk berkali-kali.
“ Cikgu, Cikgu Adek Bongsu ada?” Min mulakan bicara.
“ dia keluar…tak jumpa ka dia dekat urusetia?” cikgu Ina berkata.
“ tak pun…takpalah cikgu. Terima kasih cikgu…” kata Min dan terus berlalu sambil disertai oleh Ummi, Tini dan Suzira. Aku? Aku melemparkan senyuman pada cikgu Ina. Dia kehairanan. Aku memandangnya seolah-olah ada yang lucu. Dia ketawa. Akhirnya kami ketawa tanpa sebab. Ikhlasnya, aku begitu suka melihat cikgu Ina. Gayanya seperti gila-gila. Dia agak diam. Tapi hatiku begitu terusik bila terpandang cikgu Ina. Setahu aku, dia merupakan rakan baik Cikgu Atie, guru kelas KN dan Cb ku. Dia kelihatan berseorangan sejak Cikgu Atie pindah. Kesian dia… kehilangan kawan baik seperti aku…hek eleh! Tiba-tiba ketawa Cikgu Ina terhenti. Begitu juga dengan ketawaku.
“ macam mana esok? Dah bersedia?” cikgu Ina memecahkan kebuntuan.
“ Esok?? Oooo…debat ka? Dah bersedia kecuali penggulungan saya tak buat lagi. Malam ni kot saya buat.” Jawabku.
“ yang tu OK…Cuma emosi kamu macam mana? Jangan biar problem menguasai keyakinan kamu” soal Cikgu Ina. Aku tersentak. Namun senyuman ku cuba ukirkan.
Kataku “ biasala cikgu…hal kecik je…”
“ ini antara dugaan untuk kamu menang. Kalau kamu dapat lawan masalah kamu, kamu menang debat. Percayalah cakap saya. Lupakn masalah kamu, saya nak kamu focus. Jangan ingatkan sangat. Kamu boleh kongsi dengan saya…kalau tak boleh tahan. Tapi saya tau kamu kuat. Kan…kan?” cikgu ina membakar semangatku.
Aku mengangguk! Hatiku berkata “ masalah aku dengan Syai tak mampu menghalang minatku pada debat…tidak sekali-kali! Terima kasih cikgu kerana menyokongku!!”
Setelah lama diam, aku berkata pada cikgu Ina “ saya janji cikgu. Team kami akan menang debat nanti. Demi kelas Istana Seri Menanti dan hadiah buat Cikgu Atie. Untuk cikgu jugak…hehe”
“ haa!! Ok lah tu….sory r, saya ada keja nak buat sket…” kata cikgu Ina sambil mengangkat marker pen yang dipegangnya.
“ untuk kamu jugak!...” tambah cikgu Ina lagi.
Aku kehairanan. Untuk kami jugak? Lantakla..aku berlalu sambil mengucapkan terima kasih pada cikgu Ina. Aku sempat ketawa. Juga tanpa sebab. Cikgu Ina jugak ketawa sambil mengerutkan keningnya…!
Aku berjalan ke dorm E.
“Assalammualaikum!!!” aku memberi salam sambil menolak daun pintu dorm E. ku lihat semua orang bermasam muka kecuali….Eka! dia menyambutku dengan senyuman. Aku terus menuju ke arahnya. Tiba-tiba saja Min menengking.
“ Cakapla Awa! Mengaku ja lah yang hang ambik kredit tu!! Jangn buat aku naik angin. Tak pasal-pasal naik tangan aku ka muka hang kot!!” tengking Min.
Aku yang tak faham terus memandang Eka. Dia buat muka blurr..aku tergelak melihat mukanya. Tiba-tiba semua orang memandangku.
“Oopsss! Sorry!” kataku setelah sedar aku diperhatikan. Tini turut tersenyum melihat gelagatku. Begitu juga dengan Suzira. Eka menampar pahaku sambil ketawa.
“ apa hal kecoh-kecoh ni Eka?” bisikku pada Eka.
“ adala prob sket. Biarla diorang settle sendiri…” Eka menjawab sambil menaip mesej.
Lama-kelamaan, baru aku tahu akan masalah yang dihadapi dorm E, dorm keduaku. Tapi biarlah…sewaktu semua orang sedang serius, hanya aku dan Eka saja bergelak ketawa. Aku sendiri malas nak fikir masalah-masalah picisan ni….
Kami terus berbual. Berkongsi cerita mengenai keluarga, debat dan macam-macam ada. Tapi tak dak satu pun berkisar dengan Syai dan kawan-kawan baiknya yang baru. Tatkala kami berbual, ada satu mesej baru dihantar ke handfonku. ‘secebis KASIH membuatkan kita SAYANG, seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA, skecil LUKA membuat kita KECEWA, ttp sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA’-FROM 0139242045… “Nombor sapa plak ni?” getus hati ku. Aku lantas mendail nombor tersebut. Sekadar miss call. Tiba-tiba handfon Eka berbunyi. Aku terus mematikan talian dan merampas handfonnya. Ku lihat di skrin handfonnya. ‘1 missed call’. Aku tekan ‘show’. Maka keluarlah ‘ 1 new missed call- Mira Bella’. Aku terus menampar bahu Eka lantas aku berkata “ beb, hangkan duduk sebelah aku! Takkan nak anta mesej kot?”
Eka menjawab sambil ketawa “saje je…” aku turut ketawa. Tapi aku hairan, kenapa di handfonku tak keluar nama Eka sedangkan nombor yang aku nombornya telah ku set.
“ Eka, hang tukar nombor lain ka?” aku menyoalnya.
“ tak dak lah…mana ada” Eka menjawab. Dia menyambung lagi, “ eee…teruknya! Mu dok simpan nombor aku? Kite punyalah ingat dia selalu…”
Aku ketawa. Sebenarnya aku terharu. Eka selalu ingat aku? Hehe… ku katakan padanya yang
“ bukan aku dok simpan nombormu, cume aku salah set nombor. Patutlah ari tu aku anta mesej kat mu dia kata sending failed!”
“ Bella hantar mesej? Wat gapo mu anta mesej kat aku?” Eka kehairanan. Aku terus teringatkan peristiwa pilihanraya. Tanpaku sedar, mulutku melafazkan kata-kata
“ Eka pangkah sapa waktu mengundi hari tu ?” eee..tak malunya aku. Tanya macam tu.
Eka tersenyum sambil memegang bahuku.
“walaupun kita duduk kat markas parti lain, tak brmakna kite tidok undi die…” kata Eka sambil menguntumkan sebuah senyuman. Sambungnya lagi “ YB, undi tu kan rahsia…mana boleh bagitau mu…tapi kite sokong ore tue…sebab dia kan kawe baik ore kat sini. Dia layak jadi YB. Tue yang kite pangkah die tue…cume kite duduk kat markas lain sbb nak tolong budok kelas ore yang bertanding je…ape-ape pun hidupmu!!”.
Aku terus merenungnya…betul ke Eka ni?
“ mu tolong sape? Nurul Iman ke?” soalku sambil mengajuk kecek Klate Eka yang tebal.
“ hack aa..kite tolong die le…ke kami satu kelas…Bella waktu tu marah kami kan?” Tambah Eka lagi sambil merenungku kembali.
“ marah? Nak buat apa? Kalau Eka tak pangkah kami pun, kami tetap menang pasal Eka sorang, 177 orang lg sokong kami…tak kesah la…hehe” aku menjawab sambil mencebikkan muka. Dia menampar belakang badanku. Akhirnya kami ketawa. Kuat. Kami berdua menjadi perhatian semula.
“Ooopss!!!” kata kami berdua serentak. Kami berpandangan satu sama lain dan terus ketawa. Waktu tu aku tenang sangat bila berada dengan Eka di samping rakan-rakan dorm e yang lain yang sedang menyelesaikan masalah. Aku membalas mesej Eka.
‘jika ada kamera kan ku rakam setiap gambarmu…senyumanmu…wajahmu…kan kutampal di semua botol budu dan jeruk petai supaya mudah laku. hehe…’ –sent
Ku lihat Eka membaca mesej yang baru kuhantar ke handfonnya. Dia ketawa. Manis sekali. Giginya yang tersusun rapi, matanya yang jernih dan kuyu.
“ sampai hatimu…nak tampal gambar ore kat botol budu…hak alohh…” Eka berkata sambil ketawa. Aku menyertainya. Kami ketawa dengan kuat. Saat itu, aku langsung tidak memikirkan sesiapa lagi. Hanya aku dan sahabat baru aku, Eka. Menjelang jam 10.00, aku serta Ummi, Min, Tini
dan Suzira bergerak ke Dewan Makan. Eka? Dia akan ke sana lewat sikit dengan Sue. Aku sedia maklum kerana mereka yang menyertai sukan air mendapat pelepasan beberapa hari. Kami terus melangkah sambil bergurau senda. Satu ketika, namaku dipanggil dari belakang
“ Bella!Bella!!”
Ku toleh ke belakang. Kelihatan Nina berlari-lari anak ke arahku. Dia memegang sampul kuning. Dia terus menyerahkan sampul kuning tersebut kepadaku. aku menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih.
“ sapa plak bagi ni…” getus hatiku sambil membelek sampul tersebut. Di atasnya tertulis ingin kami kirim bunga, bungakan layu…ingin kami kirim senyum, takut tak dibalas…jadi kami kirimkan doa agar diri kamu sentiasa dilindugiNya… to:-PENDEBAT2 ISTANA SERI MENANTI
Aku teruja membaca ayat-ayat tersebut yang ku kira begitu indah bunga bahasanya. Aku terus mengoyak mulut sampul dan mengeluarkan isi kandungannya. Juga sekeping kumal kuning. Namun, kumal tersebut begitu istimewa kerana dilipat mengikut bentuk tirus tertulis di atasnya
‘kita semua mempunyai kelebihan masing2 yang penting kita tahu bagaimana hendak menggunakannya…’
‘orang yang bijaksana tidak akan sesekali meratapi kegagalan tetapi dengan lapang hati mencari jalan, bagaimana memulihkan kembali kegagalan yang di deritainya…’
Di sudut tirus tertulis, ‘good luck, senyum selalu…AHLI2 DEBAT ISTANA SERI MENANTI, semoga berjaya besok’ Manakala di bawahnya tertulis ‘=doa kami berdua sentiasa bersama kamu= untuk kamu berjaya’
Cikgu Atie & Cikgu Ina…
Betapa terharunya aku saat tu. Sebelum sempat melipat surat tersebut, Ummi meminta izin untuk membacanya. Aku menyerahkan padanya tanpa banyak soal. “ kena tunjuk pada Imah dan Enia ni…” bisik hati kecilku. Kami terus meneruskan perjalanan ke Dewan Makan. Mereka bereempat berbual sambil aku membisu kerana memikirkan bahawa Cikgu Ina dan Cikgu Atie begitu mengambil berat akan diri aku dan rakan-rakan yang lain. begitu juga dengan cikgu Fizah. Mereka begitu baik. Dan sebab itulah team aku kena menang! Nothing can stop me! Not even Syai and da gang!!
Pucuk di cita, ulam mendatang. Aku terserempak dengan Enia sebaik sahaja menjejakkan kaki ke DM. Dia melemparkan senyuman padaku. Aku terus menuju ke arahnya selepas memberitahu kepada Ummi, Tini, Suzira dan Min. mereka hanya menganguk.
“ Enia…” kataku sambil menyerahkan sampul kuning kepadanya.
“ What is this?” soal Enia kehairanan. Aku hanya tersenyum. Dia serta merta membuka sampul tersebut. Sesudah membacanya, dia kelihatan terharu dan sebak. Katanya, “ see! How serious cikgu want us to win. And they expect us can win!” aku hanya memerhatikan Enia. Di samping itu, aku mencari kelibat Imah. Tiba-tiba aku disergah.
“ Hoiii…!” jerit imah sambil menepuk bahuku.
“ Ishhh…hang selalu macam ni! Terkejut aku!” kataku sambil memegang bahu Imah. Enia tersenyum kelucuan sambil menyerahkan sampul kuning kepada Imah. Dia juga lakukan perkara yang sama seperti Enia sewaktu menerima sampul tersebut. Lantas, setelah habis membaca, Imah memulangkan sampul tersebut kepadaku. sambil itu, dia menggenggamkan tangan penuh tekad dan mengatakan bahawa betapa kami akan menentang pasukan Ika habis-habisan. No matter what!! Aku mencadangkan kepada mereka berdua supaya kami bertiga berjumpa dengan cikgu Ina untuk mengucapkan terima kasih.
Sebelum menyerahkan handfon, aku sempat menghantarkan mesej kepada cikgu Atie dan beritahu bahawa kami begitu menghargainya dan mengucapkan terima kasih.
Aku juga ada menelefon emak dan menyuruhnya mendoakan kejayaan pasukanku. Aku percaya, doa ibu akan dimakbulkan. Mudah-mudahan…Amin.
Kebetulan pada malam itu, aku antara pengawal malam harian. Kumpulan aku, Bravo 2 dikehendaki berkumpul di padang kawad berpakaian loreng lengkap pada jam 11.45. aduh!! Dahla esok aku bertanding, malam kena stay up plak! Satu hari ni aku tak sentuh nasi. Padan muka aku, sapa suruh tak makan! Esok aku mesti lewat punya, breakfast dah tentu aku tak ambik…hei! Satu satu masalah mai kat aku…tapi punca daripada aku jugak! Kena ingat tue!! Aku menyuarakan perasaan aku kepada Imah dan Enia. Mereka memberitahuku bahawa mereka akan menemaniku malam ni. Namun aku tak setuju kerana mereka harus bangun awal pada esok hari. Sekurang-kurangnya biarlah mereka boleh mengejutkan aku jika aku lewat pada esok pagi. Selesai saja ro-call, kami berempat termasuk Suey pulang ke dorm bersama-sama. Aku menemani Imah pulang ke dormnya. Setelah Imah menukar baju, aku dan Imah terus bergerak ke dorm Enia untuk mengajaknya berjumpa cikgu Ina. Sewaktu sampai sahaja di hadapan bilik cikgu Ina yang juga di sebelah dormku, kami ternampak kelibat cikgu dihadapan bilik. Apa lagi, kami bertiga terus meluru ke arahnya dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Cikgu hanya tersenyum. Sebelum beredar, cikgu memberi kami cucur udang satu sebanyak seplastik. Fuh! Banyak tue…Enia dan imah menggesa aku untuk makan cucur tersebut namun ku menolak. Aku mengajak mereka ke dorm aku. Namun mereka enggan. Kata mereka, they can feel sumtin wrong jika menjejakkan kaki ke dorm aku. Aku hanya ketawa lalu membuat muka seperti kecewa kerana pelawaanku di tolak. Kami terus bersurai. Seluruh kekuatan ku kumpulkan. Pintu dorm ku tolak. Tanpa membuang masa, aku terus bersiap memakai loreng lengkap. Aku langsung tidk memandang siapa di dalam dorm termasuk Suey. Selesai sahaja memakai loreng lengkap, aku meluru keluar. Sewaktu pintu dorm kututup dari arah luar, aku dapat lihat kelibat Syai menuju pulang ke dorm. Aku hanya menunduk sewaktu berselisih dengannya. Aku tidak pasti bagaimana dengannya. fikiranku mengenai Syai mati tiba-tiba apabila aku terlihat Imah dan Enia sedang ‘berkelah’ sambil makan cucur udang di sebelah longkang dormku berhadapan dengan tandas. aku ketawa melihat mereka.
“ u all buat apa kat sini? Makan depan toilet plak tu…” soalku sambil ketawa.
“ tunggu u lah” balas Enia.
“ laa…terharunya” kataku sambil mengejek Enia. Dia mencebik dan menyuruhku duduk.
“ duduk? Depan toilet ni?” kataku. Namun aku duduk jugak menghadap mereka dan membelakangkan toilet.
“ we talked to Syai juz now…” kata Enia perlahan sambil merenungku.
“ she said that she happy that she already talk wif u, but she sad when u don’t want to talk to her.” jelas Enia. Manakala Imah pula menyampuk “ aku dah ok dengan Syai, aku mintak maaf dekat dia yang dia ejek hang sbg pendebat terbaik tue…dia pun mintak maaf pda aku. Pas tu aku explain balik pada dia yang aku p dorm hang bukan sebab nak intip dia tp sbb aku nak ambik maggi. Aku tak tau waktu tu hang nak jumpa dia…” terang Imah lantas mengingatkanku bahawa aku menceritakan perkara tersebut pada Imah sewaktu di DM tadi.
“ bella, u talk to her la…juz talk about simple things even u cannot” Enia menggesa aku.
“ I can’t Enia! I cannot accept what she done to me!! She’s my bestfriend and she supposed not to do this…” kataku. Tiba-tiba air mataku mengalir deras. Enia dan Imah merenungku. Enia menambah “ she said that she regret follow cakap orang. She said that. U can ask Imah if u don’t believe me.” Aku memandang Imah. Imah mengangguk. Tapi aku katakan pada mereka berdua yang aku sememangnya tak boleh terima apa yang dia buat. Dia tinggalkan aku sorang2 waktu aku perlukan dia. Kawan apa macam tu? Cukupla Syai..i’m tired enough. Aku akui, sebagai sahabat, Syai begitu aku sayangi, namun Syai lebih melihat keburukan, kelemahan dan kehinaan aku berbanding kebaikan, kelebihan dan kemuliaan aku terhadapnya. Atau padanya aku tidak pernah berbudi. Aku akan berusaha terima kenyataan. Syai sendiri banyak menolong aku. Aku begitu menghargainya. Tetapi jika ini kehendak dia, dia nak makin jauh dan jauh, aku akan cuba lupakan Syai dengan memandang segala keburukan yang ada padanya. The main thing is pentingkan diri sendiri. Yalah.. tinggalkan aku bila aku perlukan dia. Senangnya dia.
“ Bella, oklah2. we forget about her ok? Stop crying…we are going to beat Ika’s team tomorrow…” kata-kata Enia mematikan lamunanku. Aku memandangnya dan Imah.
“ Betul tu, hang duty la elok-elok, esok kita nak bertanding. Lupakanlah pasai Syai. debat lebih penting…kami pun tak patut sebut pasal ni depan hang.” Kata Imah sambil memegang pahaku. Aku lantas bangun dan menuju ke pintu pagar sambil diiringi Imah dan Enia. Sebelum ke padang kawad, aku katakan pada mereka berdua bahawa aku really thankful to god, sebab hantar dua orang kawan macam depa berdua. Thanks Enia, thanks Imah, thanks god!!

Setibanya aku di padang kawad, ku lihat yang ada hanyalah wira-wirawati Bravo 2. aku duduk dulu di tembok sebelah longkang. Entah mengapa air mataku terus-terusan mengalir walaupun aku berkali-kali mengesatnya. Aku keseorangan kala itu. Sengaja aku malas nak bercampur dengan sesiapa pun. Tiba-tiba aku dengar Suey memanggilku dari arah kanan. Dia turut duty pada malam tersebut.
“ Bella! Are u okay?” soalnya dari jauh. Aku memandangnya. Dia bersama Sheila. Lantas, aku mengangguk tanda aku okay. Selepas itu aku terus melayan perasaan. Teringat kembali akan kenangan lama bersama Syai. sebelum ke Beringin, kami bermain badminton bersama-sama. Hamper setiap petang. Selepas bermain, kami akan duduk di tembok bawah blok aku dan bercakap mengenai PLKN. Saat tu, aku begitu seronok kerana kami mengetahui, bahawa kami ditempatkan di kem yang sama. Kadang-kala kami disertai Bibik. Makan aiskrim di garden sambil bawak adik-adik. Sehinggalah satu hari, Syai pindah ke SP. Perpindahan dia ke sana tidaklah begitu menyedihkan kerna aku tau yang kami akan menghabiskan masa bersama-sama selama 3 bulan di PLKN tak lama lagi. Selain itu, aku teringat akan perbuatan Syai yang agak lurus. Pada satu malam, aku duty. Sebelum keluar berkumpul, ku pesan padanya tolong ambilkan aku makanan pada esok hari. Niat aku hanya bergurau, namun mukaku serius pada waktu tu. Aku siap tunjukkan padanya akan Tupperware yang ku gunakan untuk menakung air menjelumnya sewaktu demam supaya diisi dengan nasi atau apa-apa sahaja yang dihidangkan sewaktu sarapan pada esok pagi. Keesokkannya, sewaktu aku sedang mandi, Syai datang kepadaku. katanya dia ada membawa roti untukku dari DM. aku hendak ketawa waktu tu. Dia ikut cakap aku? Namun aku terus berlagak serius dan mengucapkan terima kasih padanya. Kemudian, dia mengatakan sewaktu berjalan pulang dengan Aida, dia terserempk dengan cikgu Prem. Cikgu bertanya kepada Syai, “ kamu bawa roti tu untuk sapa? Syai menjawab “ untuk kawan saya..”. “ siapa kawan kamu tu?” aju cikgu Prem lagi. “ Mira Nabilah..dia duty malam tadi, dia suruh saya ambik untuk dia” jawab Syai.
“ Mira Nabilah? Yang ambik baris untuk ke surau tu?” kata cikgu. Syai mengangguk. Cikgu pun berkata “ takpa2.. tapi lain kali jangan bawak balik makanan ke dorm. Faham?”. Cikgu Prem terus berlalu. Aku yang mendengar cerita Syai terkejut. Cikgu Prem? Adoii!! Syai memohon maaf padaku atas perkara tersebut. Aku langsung tak mengambil hati apatah lagi aku yang menyuruhnya malam tadi. Tapi aku hanya nak melihat Syai. bagaimana reaksinya waktu tu…namun aku lebih risaukan cikgu Prem kerana baru-baru ini aku ada ‘krisis’ dengannnya. Semuanya bermula dengan Ika. Ika yang kebetulan berbaris di belakangku di padang kawad sewaktu ro-call menyuruh aku bertanya kepada cikgu Prem akan pelepasan untuk tidak ke surau pada esok hari. Tak silap aku, kami akan menembak pada esok hari. Aku sebagai wakil pelatih pun bertanya pada cikgu Prem di hadapan semua wira-wirawati. Aku juga sebenarnya kurang bersetuju dengan Ika. Setakat berbaris untuk ke surau bukanlah membebankan, apatah lagi untuk berjemaah. Namun, mengingatkan bahawa aku adalah suara pelatih, maka aku pun Tanya pada Cikgu. Tapi, pada esok hari, aku tetap ke surau. Hanya kami berdua. Tak salah aku, aku bersama Syai. aku begitu mengagumi Syai, walaupun dia kedatangan haid pada hari tersebut, dia tetap ke surau. Tak salah aku la…berbalik mengenai roti, aku meminta maaf padanya kerana telah menyusahkannya dengan Aida. Baiknya Syai…tiba-tiba lamunanku terhenti apabila cikgu memanggil semua pengawal malam untuk berbaris. Aku mengesat air mata dan berjalan perlaha-lahan. Sewaktu hendak berbaris, Liza bertanya, “ Bella OK ka?” aku mengangguk dan melemparkan senyuman padanya. Banyak lagi kenangan manis kami bersama yang tak dapat ku huraikan satu demi satu. Memang banyak. Mana tidaknya, enam tahun kami kenal. Dari tingkatan satu hinggalah hari ini. Rumah kami pulak bertentangan, sebelum dia pindah laa…
Duty malam itu diketuai Hidayah. Mulanya mereka memaksa aku menjadi ketua, namun aku langsung tak memberikan respons dan Dayah adalah batu loncatan. Sbelum pulang ke dorm, aku meminta keizinan cikgu untuk duty pada jam 0000-0200, kerana aku akan berbahas pada keesokan hari. Cikgu bersetuju. Sampai saja di dorm, baru aku teringat yang aku masih belum menghabiskan penggulungan. Apa lagi, aku mengambil pen dan buku pink serta menyiapkan apa yang patut. At the same time, Imah menolong Farrah, yang juga pembahas menyiapkan teksnya. Kami belum pernah bertembung dan mungkin bakal bertembung. Sebelum itu, aku dan beberapa orang pengawal malam yang duty pada jam yang sama meronda seluruh kawasan dorm. Setiap dorm kami masuki. Setibanya kami di dorm e, aku terutamanya memerhatikan setiap orang rakan-rakan baruku. Pandanganku terarah kepada Ummi dan Eka. Ummi tidur sungguh nyenyak seperti tiada lagi esok manakala Eka, seperti biasa, tangannya akan memegang perut sambil kaki menjulur lurus ke hadapan. Aku tersenyum melihat caranya. Aku merapatinya. Niat untuk mengusik, namun sebelum aku berbuat demikian, dia terlebih dahulu membeliakkan matanya. Aku yang terkejut lantas ketawa. Eka juga begitu. Perbuatan kami disedari cikgu. Aku terus mengucapkan gud nite padanya dan mendekati cikgu sambil tersenyum. Cikgu menggeleng kepala melihatku. Selesai rondaan, aku mula menyiapkan teks penggulungan.
Tepat jam 0545, semua pengawal malam pulang ke dorm masing-masing untuk merehatkan diri. Tetapi tidak aku. Selesai sahaja aku menghantar barang-barang ke dorm, aku terus mengambil baris dan memastikan semua wirawati muslim ke surau untuk berjemaah subuh. Selepas itu aku pulang ke dorm b dan membelek semula teks penggulungan yang baru kusiapkan malam tadi. Tanpa sedar aku tertidur keletihan.
“ Bella, Bella..bangun! pukul 8 dah ni!” kata Suey mengejutkan aku dari tidur.
“Pukul 8? God!!” kataku kuat. Aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Usai sahaja mandi, aku makan biskut chipsmore yang dibawa emak sewaktu melawatku minggu lalu untuk mengalas perut. Lantas aku terus bersiap dan seiringan dengan Suey ke padang kawad untuk berbaris.
Tiba waktu berbahas. Kami berbahas di kelas cikgu Zu yang juga merupakan kelas Ika dan pasukannya. Manakala, penontonnya terdiri dari dormmatesku yang terang-terangan menyokong Ika dan teamnya di samping pelajar kelas aku dan cikgu Zu. Kami berbahas dengan tegas dalam menyatakan pendirian masing-masing. Padaku, pasukan lawan mempunyai gaya persembahan yang agak menarik, namun isi yang dihujahkan dikitar semula malah mereka kelihatan yakin. Mungkin disebabkan mempunyai sokongan padu dari audiens. Dari segi psikologi, aku sudah tewas. Apatah lagi, aku begitu geram apabila Ayie dan Ika ketawakan Imah sewaktu dia berbahas. Mereka ju mengajuk-ajuk gaya Imah. Padaku, intonasi Imah lebih baik dari dulu. Namun ku tahu, bahawa itu adalah perang psikologi. Tetapi, Imah da Enia terus-terusan memberi kata semangat padaku. Mereka sentiasa menggesa untuk menjawab bangkangan pihak pembangkang, dan kami menambah hujah penggulungan hasil idea bernas Imah dan Enia. Boleh kukatakan, penggulunganku paling baik berbanding semua. Aku begitu berterima kasih kepada mereka berdua. Kerana mereka aku berdiri dengan jayanya.
Keputusan pertandingan akan diumumkan sewaktu minum pagi. Kami sepasukan berdebar menati keputusan. Maka, seperti yang dijanjikan cikgu Mad pun mengumumkan keputusan pertandingan perbahasan peringkat separuh akhir.
“ pertandingan antara Bukit Kepong menentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad mengumpul 51 markah manakala Bukit Kepung mengumpil 56 markah. Dengan ini, bukit Kepong akan ke final”. Saat itu terdengar sorakan dari penyokong kelas berkenaan.
“ manakala pertemuan antara Lembah Bujang dan Istana Seri Menanti...Lembah Bujang mengumpul 63 markah. Istana Seri Menanti mendapat 72 markah. Jadi, secara automatiknya, Lembah Bujang mendapat tempat ketiga dan Bangunan Abdul Samad menduduki tempat keempat. Pertemuan final pada malam ini adalah antara Bukit Kepong dan Istana Seri Menanti.”
Setelah mendengar keputusan, aku bersorak gembira. Begitu juga dengan Imah dan Enia. Ku katakan pada mereka bahawa, kami berpeluang menjadi johan. Lebih kurang jam 1230, kami berkumpul di bilik rehat untuk mencari maklumat. Banyak kesusahan yang kami lalui saat itu. Kekurangan sumber maklumat,tidur yang tak cukup, tambahan pula Imah berasa down setelah diketawakan loeh Ayie dan Ika. Aku geram dengan sikap Ayie dan Ika yang padaku begitu kekampungan dan langsung tak professional. Nampak sangat fikiran mereka cetek dan sempit apabila bermain psikologi kotor. Enia pula terus-terusan membakar semangat Imah. Namun aku puas kerana, kami berjaya menewaskan kumpulan minah belang tue..
Jam 2.30, kami dikehendaki berkumpul di kantin untuk mendengar taklimat wirajaya pada esok hari. Aku turut serta mendengar taklimat, namun tanganku ligat menulis teks untuk pertandingan final malam ini. Lagipun, aku tidak akan mengikuti rakan-rakanku ke Lubuk Semilang kerana aku bercuti tiga hari mulai esok. Usai taklimat, aku terus pulang ke dorm dan berkumpul di bilik rehat bersama-sama Enia, Imah dan Wai Yee. Mengenai Wai Yee, telah ku katakana padanya yang aku begitu mementingkan semangat berpasukan dan setiakawan, dan kalau boleh, aku taknak ada gunting dalam lipatan. Wai Yee seolah-olah memahami maksudku dan dia memohan maaf. Aku maafkannya, malah aku maafkan semua orang. Sewaktu berehat, Imah berhenti sekejap pada jam 5 petang kerana hendak mengerjakan solat Asar. Aku dan Imah bergerak ke dorm masing-masing, manakala Enia dan Wai Yee stay di bilik rehat. Aku menuju ke bilik mandi untuk melepaskan hajat. Aku terserempak dengan Syai di sana.
“ betul ke esok balik?” tegur Syai.
“ hmm…dah cuti baliklah….” Jawabku ringkas dan aku terus berlalu darinya. Aku menuju ke dorm e. Di sana, aku disambut dengan senyuman manis oleh Ummi, Tini, Suzira, Min, Eka dan Sue. Mereka mengajak aku berbual namun ku katakan pada mereka yang aku hanya sekejap berada di situ. Mereka menyoal akan persiapan aku untuk malam ini dam mereka akan menyokongku dan rakan2 sepasukan yang lain. Dalam jam 6.45, aku mandi dan bersiap ala kadar. Seperti biasa, jam 7.15 aku mengambil baris dan bergerak ke surau. Usai sahaja yang muslim berjemaah maghrib, aku pulang ke dorm keseorangan untuk bersiap. Jam 8.30 aku ke Dewan Makan dan membuat last checked bersama-sama Enia dan Wai Yee manakala Imah solat di surau. Aku masih kedatangan haid pada hari tersebut.
Detik pertandingan telah tiba.Imah memberitahuku bahawa dia down. Aku dan Enia memberi kata-kata perangsang kepada Imah. Kami berbahas dan membangkang sehabis boleh. Kecuali Imah, intonasinya berubah dan langsung tidak bersemangat. Puas aku mesej kepada Imah melalui buku, namun dia tetap begitu. Usai sahaja pertandingan, Imah menangis. Dia memohon maaf kepada kami. Katanya dia malu untuk berbahas di atas pentas dan berhadapan dengan ramai orang kerana takut diketawakan…namun itu yang terbaik darinya. Even sedikit kecewa, aku tetap menenangkan Imah dan menasihatinya let bygone be bygone. Dia kelihatan sebak. Malam itu, keputusan pertandingan tidak diumumkan dan hanya diumumkan pada malam penutup bersamaan 6 Jun.
Setibanya di dorm, aku mengemas katil dan menuju ke dorm e. Fikiranku ligat memikirkan Iswani. aku tak boleh memandangnya kerana hatiku sakit. Kawan-kawan dorm e juga hairan melihatku yang gelisah. Eka menghampiriku.
“ Bella, macam mana kelmarin? Lupa nak Tanya…” soal Eka memecahkan kebuntuan.
Aku memandangnya kosong dan menggelengkan kepala. Lama aku begitu. Tapi apa terbuku di hati akhirnya aku luahkan juga. Satu persatu aku ceritakan.
“ kami frust la dengan dia. Percaya dan dengar cakap orang. Dia tak dak pendirian ka?”
Kataku. Saat itu, aku lihat mereka yang lain mula mendekati untuk mendengar cerita. Aku juga khabarkan mengenai Iswani. rakan-rakanku kelihatan geram dan menyampah mendengar cerita Iswani.
“ Ampa tau dak, Iswani bagitau Syai yang aku kata, Syai tak layak masuk Universiti…heh batu api betulla dia tu…” kataku dengan marah. Min yang hanya mendiamkan diri menyampuk.
“ kami rasakan, Bella kena Iswani. panggil Syai sekali. Tanya minah tu, betulke ampa yang kata macam tu. Suruh dia cerita balik depan Syai tentang perkara sebenar”. Kata-kata Min di sokong rakan-rakan yang lain. tak lama kemudian, aku dan Min menuju ke dorm a untuk memanggial Iswani. aku dan Iswani berbincang di belakang dorm b.
“ betul ke aku cakap Syai macam tu? Betulke aku cakap yang Syai tak layak masuk Universiti?” tanyaku tegas tanpa selindung. Iswani terkejut.
“ yang hang ni kenapa nak jadi batu api?” tambahku lagi. Iswani gugup. Dia memulakan bicara. “ kami hanya dengar Bella kata macam tu…dekat Syai.”
“oh ya ka? Bila tu? Kat mana?” soalku geram. Min segera menteteramkan aku.
“ waktu tu ampa jalan dengan Syai. baru balik dari lawata keluarga. Kami dengar ampa kata kat Syai yang patutla Syai tak masuk U…lepas tu Syai dan ampa gelak.” Terang Iswani tanpa rasa bersalah.
“ lepas tu hang pun cerita balik kat Syai yang aku ni ckp kat dia macam tu? Batu api la hang ni. Apa yang hang sakit hati sangat dengan aku. Dah tau waktu tu kami melawak, kenapa hang plak take serious? Jeles ke aku rapat dengan dengan Syai seems hang pun tak dak kawankan?” kataku kasar. Iswani sedaya upaya untuk mempertahankan dirinya. Setelah lama ‘berbincang’, Min mencadangkan agar Syai turut serta.dengan kami. Aku bersetuju. Kita dengar pulak bagaimana dengan pihak Syai. terang-terangan Syai tidak mempercayai Iswani. dia lbih banyak mendiamkan diri. Aku yang malas bertekak dengan Iswani, memulakan bicaraku dengan Syai.
“ Betul hang tak percaya cakap Iswani? tapi kenapa bila orang Tanya hang sebab kita bergaduh, hang cerita kat depa yang aku kata hang tak layak masuk U. apa motif hang? Nak memburukkan aku ka? Sampai hati ang..” kataku pada Syai.
“ sumpah Bella. Aku tak kata macam tu.” Terang Syai sebak.
“ kalau hang cerita kat depa, macam mana aku boleh tau perkara ne dari mulut orang lain?” kataku. Aku segera teringatkan Enia. Dia yang menceritakan perkara tersebut kepadaku.
“ mungkin aku ter cerita, tapi sumpah aku tak dak niat pun nak mamburukkan nama hang, Bella” kata Syai memohon pengertian. Satu ketika, cikgu Fizah melintasi kami. Dia ada bertanya, apa yang kami sedang lakukan, aku hanya melemparkan senyuman pada cikgu. Cikgu Fizah persis memahami keadaan kami. Malam itu, perbualan kami banyak berkisar kenangan lalu. Semuanya kenangan manis. Kadangkala aku juga menasihatinya agar lebih berpendirian. Aku dapat rasakan yang itu adalah malam terakhir aku berbual secara face to face dengannya. lepas ini, aku berjanji kepad diri sendiri yang aku akan lupakan Syai…mungkin dia juga tidak lagi bergelar rakan baik aku. Perbualan kami berakhir dengan kehadiran cikgu yang menyuruh kami tidur awal kerana esok ‘Wirajaya’.
Aku bangun tepat jam 5. masih awal lagi. Detik hatiku. Aku tidur semula. Aku tersedar kembali jam 5.40. aku mengejutkan Suey untuk bangun. Kemudian aku tidur semula. Tak lama kemudian, Suey mengejutkan aku pada jam 6.20. aku bangun. Malas. Aku tak mandi pagi tu..hehe…aku terus tukar pakaian PT selepas menggosok gigi dan berbaris di padang kawad. Rakan-rakanku yang lain segak berceloreng lengkap. Ditambah beg galas loreng di belakang badan. aku bersama-sama Aqilah, akan pulang pada hari itu. Kami bercuti tiga hari. Aqilah akan pulang ke kampong kerana kenduri kahwin kakaknya. Tanpa disedari, kami disertai Farrah dan Syamila. Kata mereka, Cikgu Zura tidak membenarkan mereka menyertai ‘Wirajaya’ kerana sebelum ini mereka terlalu kerapp ke medic. Aku ketawa mendengar alasan tersebut. Mereka turut ketawa. Padaku, Farrah dan Sya agak nakal. Namun aku amat menyenangi mereka dengan celoteh-celoteh yang tak kering gusi dibuatnya. Aku tidak mengambil sarapan pada hari tersebut kerana tak sabar nak berjumpa Mak Lang. aku terus pulang ke dorm selepas berbaris dan berbual sementara dengan cikgu Prem. Katanya, dia akan ‘susah’ dengan ketiadaan aku ambil baris ke surau. Aku hanya ketawa mlihat gelagat Cikgu Prem.
Aku mencapai apa yang patut dan menuju ke bilik air untuk mandi. Sempat juga aku membasuh baju. Selepas itu, aku bersiap memakai baju kelas. Sewaktu mengemas katil, cikgu Ju’are menolak pintu daun dorm. Aku terkejut. Cikgu Ju’are tersenyum melihat reaksiku dan memberi salam. Dia menggesa aku bersiap dengan cepat dan menyuruh aku duduk di pejabat sementara menunggu emak. Aku meminta kebenarannya untuk mngemas katilku dulu. Dia mengizinkan. Tak lama kemudian, Shima, ketua kompeniku datang dan memberitahu bahawa emakku sedang menunggu di urusetia. Aku mengucapkan terima kasih, kepada Shima. Aku dan Aqilah menuju ke urusetia.aku berjumpa dengan emak di urusetia namun aku tertinggal barang di dorm pagi itu, beberapa kali aku bergegas pulang ke dorm kerana ketinggalan barang. Berkali-kali jugak aku mengutuk diriku kerana terlalu cuai dan cepat lupa. Secara tak langsung, aku telah mencuri banyak masa di situ. Jam 8.40, barulah aku pulang ke rumah besama-sama emak. Di dalam kereta, emak menceritakan bahawa atok ditahan wad kerana paru-paru bengkak. Aku terkejut mendengar berita tersebut. Kata mak lagi, dia akan ke Alor Star
Untuk melawat atok.
Kereta yang dipandu emak, memasuki pagar IPD. Aku memerhatikan sekelilng. Banyak perubahan. Tar diturap baru. Cantik dan kemas. Sesampainya di bawah blok, aku terpandang kelibat Mak Lang dan yang lain. rupa-rupanya Mak Lang dah nak balik. Sempat juga aku berbual sepatah dua dengan mak lang. hari itu, aku hanya berehat di rumah. Dari pagi hingga jam lima aku tidur dengan nyenyak. Nak balas dendam kerana sudah beberapa hari aku tidur lewat di kem. Tambah2 sejak menyertai perbahasan.



------------tamat, di hentikan kerana aku dah tak nak ingat semua kenangan pahit di PLKN…yang ada Cuma manis sajerr…understand!!!!!----------
Kini, aku dengan hidupku...
masih belajar dan berjuang untuk meneruskan kehidupan...
CHaiyok BELL!